Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Penyanyi Dangdut, Lesti Kejora Dikecam Kerana Jadi Wanita Tercantik Di Asia Tenggara, Ini Reaksinya!

by Phic ARMAN
December 23, 2020
Share on Facebook

Penyanyi dangdut, Lesti Kejora sedang hangat diperkatakan kerana namanya termasuk dalam senarai lima teratas The 100 Most Beautiful Women of 2020 atau 100 Wanita Tercantik 2020 versi dari Top Beautiful World. Sekaligus mewakili wanita tercantik di Asia Tenggara.

Rata-rata netizen yang terkejut dan mempersoalkan perkara ini. Sebabnya, Lesti berjaya mengalahkan wanita cantik di Indonesia seperti Raisa dan Natasha Willona. Bukan itu sahaja, dia juga mengalahkan pelbagai selebriti dunia yang lain termasuklah Lisa Blackpink dan Kareena Kapoor.

Menanggapi banyak komen netizen mengenai dia berada di lima wanita paling cantik di dunia, Lesti dilihat begitu tenang membalasnya. Dia juga tidak bimbang dengan komen-komen buruk yang dibuat terhadapnya.

“Kalau yang suka ramai, pasti yang tidak suka pun ramai. Ya, tidak mengapa. Namanya juga hidup, berpasang-pasangan. Ada yang baik, ada yang buruk. Fokus pada perkara yang baik-baik saja,”-kata Lesti dengan bijak, seperti dipetik dari rancangan YouTube KH Infotainment

YouTube video

Katanya, dia hanya menumpukan perhatian pada komen positif yang disampaikan oleh peminatnya. Kerana, menurutnya, apa sahaja pernyataan yang dibuat oleh netizen adalah doa yang boleh saja berbalik terhadap diri mereka masing-masing.

Untuk makluman, kekasih Rizky Billar ini berada di tempat kelima dalam senarai 100 Wanita Tercantik 2020 versi Top Beautiful World, dengan 9,148 mata. Poinnya hanya satu mata berbeza dengan Yoona SNSD, iaitu 9,149 mata. Kemudian di kedudukan ketiga diduduki oleh model Barbara Palvin dengan 9,160 mata dan tempat kedua diduduki oleh artis India Deepika Padukone dengan 9,163 mata. Sementara itu, kedudukan pertama ialah model dari Turki, Handi Ercel.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cantikindoneisaIndonesiaLesti Kejoratercantikwanita
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara