Pengalaman menaiki kapal terbang kadangkala merupakan salah satu perkara yang sangat teruja bagi sesetengah orang. Dalam keterujaan, pasti ada yang akan melanggar segala peraturan yang ditetapkan untuk dibawa masuk kedalam pesawat.

Berikut merupakan perkara pelik yang pernah cuba dibawa oleh penumpang ketika menaiki pesawat menurut IDN Times.

IKLAN

Najis Rusa

via IDN Times

Pernah suatu ketika dahulu, ada pemuda dari Alaska yang cuba membawa najis rusa menaiki kapal terbang. Dikatakan najis ini dibawa untuk kegunaanya dirumah ketika sampai di negaranya sendiri.

Rangka Haiwan

via IDN Times

Menurut IDN Times, antara perkara pelik lain yang pernah terjadi adalah membawa rangka haiwan kedalam pesawat. Menjadi tanda tanya mengapakah rangka seperti ini dibawa menaiki pesawat dan diletakkan di dalam bagasi penumpang.

Ular Sebagai Haiwan Peliharaan

via IDN Times

Perkara biasa bagi yang mempunyai haiwan untuk membawa haiwan kesayangan mereka menaiki pesawat. Tetapi apa yang peliknya pernah terjadi di mana penumpang membawa haiwan peliharaan seperti ular ke dalam pesawat. Dikatakan ular ini adalah haiwan peliharaanya.

Bunga Bersenjata

via IDN Times

Pelbagai teknik dan cara para penjenayah untuk memastikan mereka lepas di imigresen. Menurut IDN Times, salah satu cara yang pernah dilakukan adalah meletakkan pisau tajam dibahagian bawah jambakan bunga. Cara ini bertujuan untuk mengelirukan polis dan pegawai kastam ketika melepasi kastam.

Sebaiknya, periksalah dahulu peraturan yang telah ditetapkan sebelum menaiki pesawat. Hal ini dapat memudahkan lagi proses anda untuk menaiki pesawat kapal terbang.