Siapa yang tidak sabar menanti tahun baru 2021? Hanya dalam beberapa hari sahaja lagi, seluruh dunia akan menyambut Tahun Baru yang kebiasaannya disambut secara meriah. Sambutan Tahun Baru akan disambut dalam pelbagai cara, dari sambutan muzikal sehinggalah pertunjukan bunga api yang menakjubkan. Walaupun 1 Januari ini mungkin kelihatan sangat istimewa, sebenarnya tidak semua negara menyambut tahun baru. Berikut adalah negara-negara yang tidak menyambut sambutan tahun baru. Stay tune guys!

1Arab Saudi

Ianya adalah tindakan yang tidak sah jika melakukan Sambutan Tahun Baru di Arab Saudi. Hal ini kerana sebagai negara Islam, Arab Saudi menganggap Tahun Baru tidak termasuk dalam undang-undang Islam.

IKLAN

Untuk mengelakkan aktiviti sambutan Tahun Baru, pihak polis akan melakukan rondaan dan memastikan tiada kedai yang akan menjual bunga api, mercun, dan sebagainya. Seperti yang dilakukan oleh China, Arab Saudi menggunakan kalendar yang berbeza, iaitu kalendar Muharram atau Hijriyah.

2China

Jika pada umumnya kalendar Gregorian adalah rujukan dalam kalendar, orang-orang Cina kebiasaannya menggunakan kalendar Lunar dalam kehidupan mereka. Oleh itu, Tahun Baru Cina pada amnya akan jatuh antara 21 Januari hingga 20 Febuari. Juga dikenali sebagai Imlek, perayaan Tahun Baru Cina akan dimeriahkan dengan tanglung merah, makanan manis seperti kuih bulan, limau, dan tentunya persembahan tarian singa.

Untuk meraikan Tahun Baru Cina, orang Cina juga mempunyai tradisi menggunakan warna merah yang dianggap sebagai warna paling beruntung dang paling bahagia. Untuk tahun 2021 yang akan datang, Tahun Baru Cina akan jatuh pada 5 Febuari.

3Bangladesh

Di negara ini, Tahun Baru dipanggil Bengali dan disambut pada 14 April. Pada hari Bengali, mereka akan bangun lebih awal dan memakai pakaian terbaik mereka. Warga Bangladesh akan pergi ke taman bersama keluarga dan rakan untuk menyambut Bengali.

Kebiasaannya perayaan ini dipenuhi dengan perarakan, nyanyian, tarian, berbual antara satu sama lain atau melakukan apa sahaja yang menyeronokkan untuk meluangkan masa bersama. Walaupun begitu, 1 Januari tetap menjadi cuti kebangsaan di Bangladesh.

4Iran

Tahun Baru di Iran jatuh pada 21 Mac, yang dikenali sebagai Nowruz. Bertepatan dengan hari pertama musim bunga, Tahun Baru Iran disambut berdasarkan kalendar Parsi dan telah menjadi tradisi turun temurun selama 3,000 tahun yang lalu.

Tidak jauh berbeza dengan tahun baru yang anda sambut pada 1 Januari, Tahun Baru Iran juga disambut dengan tiupan trumpet  sebagai sambutan tahun baru. Penduduk yang meraikannya biasanya akan memakai pakaian tradisional terbaru mereka. Rakyat Iran percaya bahawa cara ini adalah satu bentuk kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Bukan itu sahaja, warga Iran juga akan menyambut Tahun Baru dengan makan semangkuk mi sup Ash-e Reshteh,¬†dan membeli kuih-muih atau barang-barang yang namanya dimulai dengan bunyi ‘ess’.

IKLAN

5India

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya, orang India juga mempunyai perbezaan dalam menyambut Tahun Baru. Walaupun tidak sama dengan orang lain yang menyambut Tahun Baru pada 1 Januari, orang India juga mempunyai tarikh yang berbeza untuk menyambut tahun baru. Contohnya, Festival Cahaya atau Diwali yang disambut oleh penganut Hindu, Sikh dan Jain pada akhir Oktober atau awal November. Festival yang diadakan selama lima hari berturut-turut ini menandakan permulaan Tahun Baru bagi masyarakat Gujarat dan Marwari di India Utara.

Di negeri Tamil Nadu yang mendiami Sri Lanka dan wilayah India Selatan menyambut Puthandu sebagai Tahun Baru pada 14 April, berdasarkan kalendar solar.

Sementara itu, Festival Sinhala yang juga dikenali sebagai Aluth Avurudda, yang mana jatuh pada hari yang sama dengan Tahun Baru Tamil disambut oleh kebanyakan orang Sri Lanka sebagai Hari Tahun Baru dan menandakan berakhirnya musim menuai.

Menarik bukan!