Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Yang Berjubah Tak Semestinya Baik Kan?”- Fasha Sandha Bengang Anak Kena Kecam

by Zaidin Albert
December 28, 2020
41
KONGSIAN
Share on Facebook

Tak pasal-pasal, pelakon cantik Fasha Sandha dikecam netizen gara-gara video anaknya , Aisha Amaira memakai baju Santa Clause sempena Hari Krismas pada 25 Disember hari Jumaat yang lalu.

Hal sebegini bukanlah perkara baru di kalangan netizen. Setiap tahun netizen akan mencari kesalahan selebriti meraikan Hari Krismas, malah memberi ucapan juga turut menjadi isu yang besar.

Fasha membidas dakwaan netizen atau lebih sesuai dipanggil ‘ustaz/ustazah jadian’ itu dianggap keterlaluan.

“Ramainya ustaz ustazah jadian ni! Apakah masalahnya anak saya pakai kostum, just for fun, kata mereka saya nak sambut Krismas. Habis tu kalau pakai cheongsam dan sari? Salah juga ke? Haram Ke?”- tulisnya di Instagram

Tambahnya lagi, sebagai umat Islam, kita tidak seharusnya menjadikan agama bertambah rumit dan membuatkan orang lain takut pada Islam.

“Hello, tolonglah jangan buat ‘ISLAM’ jadi complicated sangat, takkan pakai baju santa clause pun salah? Janganlah bagi orang takut dengan Islam”

Fasha yang baru sahaja melahirkan bayi perempuan bernama Aisha berharap orang ramai tidak menuding jari kesalahan orang lain.

“Cukup-cukuplah nak cari kesalahan orang lain, yang berjubah bersongkok pun tidak semestinya baik kan?”

“Get a life Please! Tak habis-habis nak kecam, orangmelamar secara terbuka pun korang sibuk nak kecam, orang sweet-sweet buat video dalam Youtube pun korang nak kecam? Cakap bab bab agama semua. Tak suka, unfollow, tak payahlah tengok, banyak lagi benda lain yang lebih utama untuk difikirkan daripada nak cari kesalahan orang lain.”

“Cuba tengok diri sendiri punya silap. Saya pun tak sempurna”

Terdahulu, pengacara Awal Ashaari juga telah dikecam gara-gara memuat naik foto memenuhi undangan sambutan Hari Krismas seorang teman. Ada yang menganggap tindakan Awal meraikan perayaan disambut oleh penganut agama lain sebagai tidak patut. Malah mereka berpendapat ia bertentangan dengan akidah.

[VIDEO] Fasha Sandha Peluk Adik Ipar Cetus Bualan Netizen!-"Kalau Excited Pun Agak-Agaklah!"

Bagaimana pendapat anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
fasha sandha
https://lomp.at/iau7j
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem