Kontroversi melibatkan usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa masih hangat diperkatakan. Susulan daripada dakwaan kononnya dia telah bernikah dengan pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Rizz dan turut dikatakan telah terkena minyak pengasih, pihak selebriti itu ingin mencari individu yang bertanggungjawab atas penyebaran berita palsu tersebut.

Wanita Dicari 

Difahamkan berita yang tidak benar itu telah dimuatnaik oleh seorang pengguna laman Twitter dikenali sebagai @syamirasafiya02 sehingga trending di laman Twitter. Ekoran itu, Neelofa menerusi sebuah kenyataan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Malah pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin memuatnaik memuat naik status di ruangan Insta Story memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu untuk tampil membantu.

IKLAN

Akaun Sudah Dipadam 

Difahamkan akaun @syamirasafiya02 tersebut telah pun dinyahaktifkan dari laman Twitter. Terdahulu, Murai.my melaporkan di media sosial kecoh kononnya hubungan Neelofa dan PU Rizz kini dalam bermasalah setelah kesemua adik beradiknya berhenti mengikuti perkembangan pendakwah itu di laman Instagram. Malah foto acara merisik mereka juga sudah dipadam di media sosial sekaligus mencetuskan beberapa spekulasi dan khabar angin melampau termasuklah dakwaan Neelofa memasukkan wang sebanyak RM100,000 ke dalam akaun tunangnya itu.