Sunday, July 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Kejam! Uji Rashid Dedah Cico Diracun Oleh Rakan Sehingga Wajah Berdarah

by Khai Azfar
December 29, 2020
64
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka, disebalik penderitaan yang dialami oleh putera kesayangan biduanita Uji Rashid yang juga pelakon, Cico Harahap yang kononnya diserang penyakit misteri sebenarnya terselindung sebuah kisah kejam.

Cico Diracun Oleh Rakan Di Majlis Hari Jadi 

Didedahkan sendiri oleh Uji atau nama sebenarnya Fuziah binti Haroun Al Rashid,61 menerusi program Telekung Talk di platform Facebook Muhayya Momentum dan Datuk Dr Prof Muhaya baru-baru ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu mengesahkan bahawa Cico bukanlah disihir, sebaliknya telah diracun oleh sekumpulan kawan ketika menghadiri sebuah majlis hari jadi tidak lama dulu.

“Buat pertama kali saya mendedahkan perkara ini secara terbuka. Terdapat pelbagai versi cerita dan desas- desus mengenai keadaan anak saya.

“Sebenarnya Cico bukanlah disihir tetapi diracun oleh rakan-rakannya. Menurut doktor beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumannya.

“Racun yang diberi itu sebenarnya boleh membunuh dalam masa empat jam, tetapi dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur yang panjang sampai hari ini,” katanya.

Cico Rebah Selepas Minum 

Tambah Uji lagi, melalui cerita yang disampaikan kepadanya, Cico rebah sebaik minum minuman itu dan ditinggalkan tanpa bantuan. Bagaimanapun ujarnya sehingga kini dia tidak mengetahui siapa yang menghantar anaknya pulang ke rumah.

“Saya masih ingat Cico muntah-muntah dan wajahnya dipenuhi darah. Berhari-hari dia terlantar sakit di atas katil. Masa itu saya hanya berserah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT”

“Satu hari Cico bangun tetapi dia hanya diam apabila ditanya. Dia tidak kenal saya mahupun anaknya sendiri. Bila ditanya doktor siapa nama, dia jawab Pikee”

“Saya difahamkan racun itu memberikan kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya. Walau apapun, saya bersyukur Cico sudah semakin pulih, meskipun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik,” katanya lagi

Dihalau Dari Rumah Sewa 

Lebih menyedihkan, sepanjang tiga tahun mendedikasikan hidup untuk memastikan Cico sembuh, banyak perkara memilukan terjadi. Cico yang popular menerusi filem Potret Mistik tidak lagi mampu bekerja dan Uji sendiri terpaksa menolak tawaran menyanyi kerana terpaksa menjaga Cico.

“Hidup kami memang susah, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Saya, Cico dan cucu, Rindu, pernah di halau dari rumah sewa dalam keadaan sehelai sepinggang. Kami terpaksa menginap di hotel bajet selama berbulan-bulan.

“Namun ada seorang peminat yang baik hati memberi kami tempat berteduh. Bagaimanapun tahun lalu, atas bantuan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kami ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR),” dedah Uji

Meksi dugaan yang menimpanya tidak tertanggung, Uji percaya berkat menjaga arwah ibunya yang sakit selama dua tahun, banyak membantunya menghadapi saat sukar ini.

Prof Muhaya Sebak, Titip Nasihat

 

Sementara itu, Prof Muhaya yang kelihatan sebak mendengar cerita Uji, merungkai topik “jawapan atau ujian” agar orang ramai sentiasa positif dalam mengharungi dugaan hidup.

“Perkongsian dari seorang ahli sufi, pesanan daripada sorang wali Allah SWT, meminta kita melakukan dua perkara di mana setiap hari kita perlu membaca dan berkaca. Membaca maksudnya di sini melihat keluar kehidupan orang lain. Satu lagi berkaca, di mana ahli sufi mengatakan seorang mukmin itu cerminan kepada mukmin yang lain.

“Kita membaca melihat kehidupan orang lain dan berkaca melihat diri sendiri yang kita panggil introspeksi diri. Apabila kita ada masalah banyak orang akan membaca. Saya jadi macam begini sebab orang ini atau kita panggil mangsa kehidupan.

“Dari segi saintifiknya siapa berada dalam keadaan ini, mereka berada zon sengsara. Cara untuk kita naik ke zon yang atas, kita haruslah berkaca diri di mana kita menerima ujian ini kerana takdir Allah SWT yang sudah tertulis di dalam Luh Mahfuz.

“Kita diberi dua kelebihan boleh melihat dengan mata nafsu dan mata hati. Jika dengan mata nafsu, kita akan merungut dan menyalahkan keadaan. Mata hati pula MasyaAllah, kita berdoa bagaimana ujian ini membuatkan kita lebih dekat pada Allah SWT dan berakhlak baik kepadaNya,” kongsinya.

Program Telekung Talk kendalian pengacara Abu Talib Husin itu telah diperkenalkan semenjak tiga tahun lalu dan pernah menampilkan selebriti popular antaranya Neelofa, Lisa Suruhani dan Fazura.Difahamkan, edisi Telekung Talk kali ini cukup istimewa kerana ia diadakan bersempena pembukaan butik serta koleksi baharu Muhayya Magical yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 2 Januari 2021. Pada majlis sama, satu kejutan majlis ulang tahun ke-12 puteri tunggal Cico Nur Fitrah turut diadakan.

cico harahapCico Harahap diracunCico Harahap Terkiniuji rashid
https://lomp.at/k59oy
Share26Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Fara Salleh Kesal Shuk Sahar Culas Tanggungjawab Sebagai Suami & Bapa!-“Hanya Tabur Sperma Kau Je Dan Blah..”

by Naddy Joe
July 9, 2025

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh akhirnya mengumumkan bahawa dia selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 26 Jun...

Read more
Gossip

Naim Daniel Hadir Ke Mahkamah Atas Pertuduhan Kes Amang Seksual, Cetus ‘Kritikan’ Netizen!-“Takde Perasaan Malu Ke?…”

Nama penyanyi dan Naim Daniel menjadi bualan netizen selepas dilihat tiba di Mahkamah Sesyen Putrajaya, pagi tadi atas pertuduhan kes...

Read more
by Naddy Joe
June 17, 2025
Gossip

[VIDEO] Che Ta Kongsi Keadaan Aisyah Dhia Rana, Netizen Terpegun!- “Tidur Pun Cantik…”

Perkongsian pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas merakamkan gelagat...

Read more
by Naddy Joe
June 9, 2025
Gossip

[VIDEO] Naim Daniel Bercakap Tentang Prinsip Hidup, Peminat Kongsi Video Lama

Sebuah video lama melibatkan penyanyi dan pelakon Naim Daniel kembali menjadi tumpuan di TikTok, selepas dikongsikan oleh pengguna @lucynani. Meskipun...

Read more
by Phic ARMAN
June 8, 2025
Gossip

Nazeera Sardi Didakwa Menjadi Penyondol Rumah Tangga Netizen?-“Up Konon Single Tapi..”

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon dan usahawan Nazeera Sardi menjadi bualan ramai selepas seorang netizen mendakwa pelakon ini telah...

Read more
by Naddy Joe
June 6, 2025
Gossip

[VIDEO] Zaki Yamani ‘Tak Keruan’ Lihat Gelagat Bella Astillah & Syed Saddiq, Netizen Terhibur!-“Tak Respect Orang Single..”

Perkongsian anak lelaki kepada penyanyi terkenal Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani yang juga penyanyi itu mencuri perhatian netizen selepas berkongsi...

Read more
by Naddy Joe
June 5, 2025
Gossip

Muntazar Ghufran & Bella Dowanna Bersuara Isu ‘Statement’ Saidah Kamarudin-“Ada Sebab Kenapa Allah Jauhkan…”

Pelakon Bella Dowanna tampil bersuara selepas rakan karibnya, Muntazar Ghufran dikritik bekas tunangnya yang juga pelakon mendakwa Muntazar hanya mempunyai...

Read more
by Naddy Joe
June 4, 2025
Gossip

Dress & Gaun Pengantin Jaclyn Victor Buat Netizen Terpegun!-“Jac Bukan Muslim, Tapi Sangat Sopan…”

Umum mengetahui penyanyi terkenal, Jaclyn Victor kembali mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang pensyarah, Calvin T...

Read more
by Naddy Joe
May 29, 2025
Gossip

[VIDEO] Penampilan Sabronzo DOLLA Dengan Jersi MU, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Patut Kalah…”

Salah seorang anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo mengundang pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang menari single...

Read more
by Naddy Joe
May 29, 2025
Gossip

[VIDEO] Fattah Amin Buat Trend Tiktok Dengan Irfan Haris, Curi Perhatian Netizen!-“Habis La Mira…”

Aktor, Fattah Amin mencetuskan rasa terhibur netizen selepas dilihat memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya bersama adik kepada penyanyi, Amira...

Read more
by Naddy Joe
May 29, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  3. 3

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  4. 4

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem