Pereka fesyen terkenal dunia, Pierre Cardin dilaporkan telah meninggal Dunia pada usianya yang menjangkau 98 tahun. Pemilik jenama itu meninggal dunia di sebuah hospital di Neuilly, berdekatan Paris.

Terjual Di Lebih 140 Negara 

Cardin, merupakan anak bongsu dari 11 beradik dilahirkan dalam keluarga berpendapatan rendah di utara Itali sebelum menjadi pereka fesyen yang amat disegani sejak memulakan kariernya sekitar tahun 1960an dan 70an. Sepanjang lebih tiga dekad dalam industri, jenama Pierre Cardin yang diambil sempena namanya sendiri telah terjual di lebih 140 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.

IKLAN

Beliau juga menjadi pereka fesyen Perancis yang pertama menjalin hubungan dengan China pada 1979, selain menjadi pereka pertama mengadakan pertunjukan fesyen di Red Square, Moscow pada 1991.

Via GettyImages

Difahamkan terdapat 200,000 tetamu yang hadir ketika itu.Rekaannya telah menjadi pilihan ramai figura terkenal dunia antaranya seperti Elizabeth Taylor, Brigitte Bardot dan The Beatles. Malah dikatakan Cardin merupakan individu yang bertanggungjawab untuk memberikan wajah baharu kepada jenama Christian Dior.