Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Kalah Kes Langgar Kontrak, Nur Sajat Diperintah Bayar Hampir RM200,000

by Khai Azfar
December 30, 2020
88
KONGSIAN
Share on Facebook

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan Nur Sajat Kamaruzzaman atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad membayar ganti rugi hampir RM200,000 kepada bekas stokis utama syarikatnya, OWA Resources.

Sajat Langgar Kontrak Perniagaan 

Dalam sebuah kenyataan media sebentar tadi, OWA Resources menang dalam rayuannya bagi saman kes pelanggaran kontrak. Bayaran ganti rugi dan kos telah ditingkatkan apabila Mahkamah Tinggi mendapati Sajat telah melanggar kontrak perniagaan. Pada Januari 2020, plaintif Nurwati Hussin, pengasas OWA Resources memenangi kes pelanggaran kontrak terhadap usahawan itu.

Via @nursajat23

Mahkamah mendapati barisan peguam plaintif yang diketuai oleh Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates And Solicitors telah membuktikan pada keseimbangan kemungkinan (on the balance of probabilities) yang ketiga-tiga defendan iaitu Sajat (Muhamad Sajjad Kamaruz Zaman), Ashaari Maznan dan Nur Sajat Aesthetic Sdn. Bhd. telah melanggar kontrak perniagaan dengan Nurwati.

Berjaya Saman Sajat Pada 2018

OWA Resources berjaya menyaman Sajat pada 2018 kerana dia dikatakan gagal membekalkan bengkung dan girdle yang dipesan oleh syarikat itu antara Februari hingga April 2018.

“Hakim Mahkamah Sesyen telah mengadili ganti rugi dan kos kepada kami awal tahun ini tetapi kami merayu ke atas dua perkara termasuk kos yang tidak diberikan oleh Mahkamah Sesyen kerana kes ini melibatkan kos yang begitu tinggi termasuk 9,500 halaman dokumen, yuran pakar forensik komputer, lebih dari 40 hari pengurusan kes, 10 hari perbicaraan dan kos bagi menjawab tuntutan balas oleh Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang telah dibuktikan salah oleh mahkamah.

Oleh itu, sekali lagi dengan bantuan barisan peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli, kami mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen di Mahkamah Tinggi,” kata Nurwati dalam sebuah kenyataan

Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima rayuan OWA Resources berkaitan ganti rugi dan kos bersetuju bahawa terdapat bukti yang mencukupi bagi meningkatkan pembayaran hampir kepada RM200,000.

“Mahkamah Sesyen meluluskan RM15,000 kepada anak guam OWA Resources bagi gantirugi yang merupakan dua daripada empat perkara yang telah kami failkan. Dua perkara lagi tidak diluluskan pada Januari 2020. Kami berpuas hati Mahkamah Tinggi Shah Alam bersetuju bahawa kedua-dua perkara yang dituntut itu benar dan kes ini menelan kos perbicaraan yang tinggi,”

“Akhirnya, keputusan pengadilan ini telah memulihkan imej, jenama dan reputasi OWA Resources. Sudah tentu kami gembira untuk anak guam kami kerana berjaya mendapat apa yang mereka mahukan dan untuk mereka terus berniaga dengan reputasi yang tetap kukuh. Adalah penting bagi mereka untuk memiliki reputasi yang baik dalam industri ini setelah mereka digambarkan seolah-olah mereka adalah penjenayah,” tambah peguam Nurul Hafidzah Hassan.

Nurwati menyatakan bahawa OWA Resources kini lebih komited dalam perniagaan mereka berbanding sebelumnya.

“Sudah lama perjalanan kami di mahkamah beberapa tahun ini bagi mencari keadilan dan keputusan hari ini telah mengakhiri krisis perundangan, ekonomi dan reputasi syarikat kami,” kata Nurwati lagi

Untuk rekod, saman balas Sajat terhadap Nurwati yang mendakwa stokis tersebut telah menyelewengkan wang syarikat dan melakukan pecah amanah telah ditolak Mahkamah Sesyen dan merupakan satu fitnah dan ancaman undang-undang tidak berasas. Malah melalui kes tersebut, Sajat didapati sentiasa meminjam duit Nurwati dan suami.

Nur Sajat disamanNur Sajat OWA Resources
https://lomp.at/vts5l
Share35Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Fara Salleh Kesal Shuk Sahar Culas Tanggungjawab Sebagai Suami & Bapa!-“Hanya Tabur Sperma Kau Je Dan Blah..”

by Naddy Joe
July 9, 2025

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh akhirnya mengumumkan bahawa dia selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 26 Jun...

Read more
Gossip

Naim Daniel Hadir Ke Mahkamah Atas Pertuduhan Kes Amang Seksual, Cetus ‘Kritikan’ Netizen!-“Takde Perasaan Malu Ke?…”

Nama penyanyi dan Naim Daniel menjadi bualan netizen selepas dilihat tiba di Mahkamah Sesyen Putrajaya, pagi tadi atas pertuduhan kes...

Read more
by Naddy Joe
June 17, 2025
Gossip

[VIDEO] Che Ta Kongsi Keadaan Aisyah Dhia Rana, Netizen Terpegun!- “Tidur Pun Cantik…”

Perkongsian pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas merakamkan gelagat...

Read more
by Naddy Joe
June 9, 2025
Gossip

[VIDEO] Naim Daniel Bercakap Tentang Prinsip Hidup, Peminat Kongsi Video Lama

Sebuah video lama melibatkan penyanyi dan pelakon Naim Daniel kembali menjadi tumpuan di TikTok, selepas dikongsikan oleh pengguna @lucynani. Meskipun...

Read more
by Phic ARMAN
June 8, 2025
Gossip

Nazeera Sardi Didakwa Menjadi Penyondol Rumah Tangga Netizen?-“Up Konon Single Tapi..”

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon dan usahawan Nazeera Sardi menjadi bualan ramai selepas seorang netizen mendakwa pelakon ini telah...

Read more
by Naddy Joe
June 6, 2025
Gossip

[VIDEO] Zaki Yamani ‘Tak Keruan’ Lihat Gelagat Bella Astillah & Syed Saddiq, Netizen Terhibur!-“Tak Respect Orang Single..”

Perkongsian anak lelaki kepada penyanyi terkenal Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani yang juga penyanyi itu mencuri perhatian netizen selepas berkongsi...

Read more
by Naddy Joe
June 5, 2025
Gossip

Muntazar Ghufran & Bella Dowanna Bersuara Isu ‘Statement’ Saidah Kamarudin-“Ada Sebab Kenapa Allah Jauhkan…”

Pelakon Bella Dowanna tampil bersuara selepas rakan karibnya, Muntazar Ghufran dikritik bekas tunangnya yang juga pelakon mendakwa Muntazar hanya mempunyai...

Read more
by Naddy Joe
June 4, 2025
Gossip

Dress & Gaun Pengantin Jaclyn Victor Buat Netizen Terpegun!-“Jac Bukan Muslim, Tapi Sangat Sopan…”

Umum mengetahui penyanyi terkenal, Jaclyn Victor kembali mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang pensyarah, Calvin T...

Read more
by Naddy Joe
May 29, 2025
Gossip

[VIDEO] Penampilan Sabronzo DOLLA Dengan Jersi MU, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Patut Kalah…”

Salah seorang anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo mengundang pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang menari single...

Read more
by Naddy Joe
May 29, 2025
Gossip

[VIDEO] Fattah Amin Buat Trend Tiktok Dengan Irfan Haris, Curi Perhatian Netizen!-“Habis La Mira…”

Aktor, Fattah Amin mencetuskan rasa terhibur netizen selepas dilihat memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya bersama adik kepada penyanyi, Amira...

Read more
by Naddy Joe
May 29, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand, Netizen Teruja!

  5. 5

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem