Mengejutkan ramai,pengulas permainan video PewDiePie telah diiktiraf sebagai Wajah Paling Kacak 2020 oleh laman pengkritik bebas TC Candler. Dengan keputusan tersebut sekaligus menewaskan beberapa nama besar dunia seperti penyanyi BTS, Jungkook, Idris Elba, David Beckham dan puluhan nama lain.

Ramai Tidak Puas Hati 

Meskipun, ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan membandingkan ketampanan PewDiePie dengan calon-calon lain namun bagi pemilik nama sebenar Felix Kjellberg sudah mencapai beberapa kejayaan besar lain sebelum ini. Sekadar info, seramai 100 figura kacak seluruh dunia telah disenarai pendek bagi pengiktirafan ini.

IKLAN

Kejayaan PewDiePie

Sehingga kini, PewDiePie telah memiliki lebih dari 100 juta subscribers di YouTube, menjadikannya satu-satunya YouTuber individu yang pertama berhasil meraih pencapaian tersebut. Malah, sejak tahun 2013 dia telah memenangi beberapa anugerah besar antaranya seperti Most Popular Social Show, Best Gaming Channel, Show, or Series dan 2019 Teen Choice Awards bagi kategori Choice Gamer serta banyak lagi.