Khareez & Nadeera Diramal Juarai Lagu Cinta Kita Musim Kedua?

Mengulas lebih lanjut mengenai ramalan peminat, Khareez berkata dia berasa terharu dengan penghormatan tersebut namun buat dirinya mahupun Nadeera sama sekali tidak pernah berasa terlalu selesa kerana ingin memperbaiki diri dan membuat yang terbaik pada pentas akhir kelak.

Mesti Baca

Pada 3 Januari hadapan, program realiti Lagu Cinta Kita (LCK) bakal menobatkan pasangan terbaik sekaligus muncul sebagai juara bagi musim kedua.

Peminat Ramal Khareez & Nadeera Muncul Sebagai Juara 

Berbaki 5 pasangan duet terdiri daripada Syafiq & Serra, Kael & Evie, Iss & Mya, Adly & Darling dan Khareez & Nadeera kesemua mereka dijangka bakal memberi saingan sengit pada pentas akhir kelak. Dalam pada itu, peminat mula menjangkakan bahawa pasangan Khareez & Nadeera bakal menjuarai LCK2 memandangkan persembahan yang diberikan oleh mereka agak konsisten termasuklah dinobatkan sebagai Pasangan Terbaik dengan menduduki tempat pertama di separuh akhir LCK2 pada minggu lalu.

Bercakap mengenai persembahan mereka mendendangkan lagu Kau Mawarku dendangan asal Dato Sri Siti Nurhaliza dan Kumpulan 2BY2 pada minggu separuh akhir, Khareez yang kelihatan sebak usai diumumkan sebagai pasangan terbaik, berkata lagu tersebut agar sukar untuk dinyanyikan namun dalam masa yang sama mereka cuba sedaya upaya untuk membawakan lagu itu dengan baik.

“Lagu itu agak mencabar untuk saya dan Nadeera kerana kami telah cuba sedaya upaya untuk menunjukkan keserasian dan penjiwaan lagu. Sebenarnya saya dah rasa sebak ketika membuat persembahan namun saya tahan dan ingin membuat persembahan yang terbaik”

“Lepas membuat persembahan itu, saya agak terkejut sebab mendapat markah yang tinggi dari juri sampai membuatkan saya terharu dan bersyukur kerana usaha yang dibuat oleh Nadeera mendapat hasil yang macam ini” kata Khareez ketika dihubungi Murai.my

Ajai Tegas Namun Lebih Kepada Mendidik

Mengenai pandangannya mengenai salah seorang juri iaitu Ajai yang sememangya dikenali sebagai seorang yang tegas, jelas penyanyi yang berasal dari Sabah ini dia akui figura itu sememangnya tegas namun lebih kepada mendidik selain meluahkan rasa syukur kerana mempunyai rakan duet yang cukup berbakat besar seperti Nadeera yang banyak berkongsi pelbagai nasihat.

“Abang Ajai memang agak tegas kerana dia tahu bagaimana untuk naikkan mutu persembahan. Jadi, saya dan Nadeera mengambil nasihat beliau dan Alhamdulillah kami berjaya memperbaiki persembahan kami pada setiap minggu”

“Saya dah kenal Nadeera lebih dari 6 minggu sepanjang LCK ini. Saya boleh katakan dia cukup berbakat.Memandangkan ini kali pertama saya sertai program realiti berbanding Nadeera yang jauh lebih berpengalaman, banyak yang saya belajar dari dia termasuklah meningkatkan prestasi persembahan. Syukur saya dapat Nadeera sebagai rakan pasangan” dedah Khareez

Mengulas lebih lanjut mengenai ramalan peminat, Khareez berkata dia berasa terharu dengan penghormatan tersebut namun buat dirinya mahupun Nadeera sama sekali tidak pernah berasa terlalu selesa kerana ingin memperbaiki diri dan membuat yang terbaik pada pentas akhir kelak.

“Alhamdulillah, sudah dua minggu berturut-turut kami mendapat markah yang tinggi dalam LCK. Bila disebut sebagai bakal juara, sudah tentu berasa terharu tetapi saya dengan Nadeera tidak pernah rasa terlalu selesa kerana kami masih ingin memperbaiki diri dan membuat yang terbaik pada peringkat akhir” katanya lagi

Rancang Lagu Duet 

Dalam pada itu, Khareez yang popular dengan single Bisik berkata selepas tamatnya program ini dia dan Nadeera sudah merancang untuk terus bekerjasama dan berkemungkinan akan tampil dengan sebuah lagu duet.

“Sebenarnya saya dan Nadeera telah merancang untuk keluarkan lagu duet bersama. Insyallah selepas LCK ini dan ada rezeki kami akan keluarkan lagu dan saya sendiri akan meneruskan karier sebagai seorang penyanyi” tambahnya

LCK2 menampilkan Azwan Ali dan Elly Mazlein sebagai pasangan hos manakala juri tetap terdiri daripada Mas Idayu, Hael Husaini dan Ajai. 

Terkini

“Kurang Ajar!”- Ashraf Muslim Bengang Dengan Syarikat Judi

Pelakon Ashraf Muslim meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah syarikat perjudian selepas tular di media sosial mengenai lagu raya yang...

Artikel Berkaitan