Caviar, merupakan sebuah syaraikat yang terkenal mengubah suai telefon pintar dan aksesori menjadi luar biasa. Terbaru mereka telah mencipta PlayStation 5 (PS5) versi mereka sendiri yang sangat eksklusif. Dilaporkan dari The Gamer, kedua-dua sisi konsol berasal dari Jepun itu dibaluti dengan emas tulen.

Lebih terperinci, konsol ini dilapisi 20 kg emas 18 karat tulen. Anda boleh lihat emas yang digunakan dalam edisi terhad PS5 itu mempunyai reka bentuk geometri. Memang elegan!

Dengan reka bentuk ini, syarikat Rusia ini menamakannya sebagai Golden Rock. Selain dari konsol, bahagian alat kawalan DualSense juga dihiasi dengan 170 sisipan emas dan pemegangnya ditutupi dengan kulit buaya berwarna hitam. Menariknya, PS5 Golden Rock ini hanya dijual 1 unit.

IKLAN

Malangnya, laman web ini tidak menyertakan harga jualan, dan hanya ada butang ‘Request Price’ untuk memesan konsol. Lama The Gamer cuba mengira dan menganggarkan harga konsol berdasarkan harga emas semasa.

Sebagai contoh, emas 50 kg berharga £ 45,000 atau sekitar RM247, 619, ditambah dengan biaya kulit, maka harga yang ditawarkan pada PS5 ini mencapai £ 50,000 atau setara dengan RM275,132.

Ini bermaksud bahawa PS5 ini adalah konsol termahal yang pernah dibuat.