Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Jangan Normalize Kan Benda Ni’- Hafreez Adam Ulas Isu Perempuan Raba Lelaki

by Zaidin Albert
February 9, 2021
145
KONGSIAN
Share on Facebook

Kita selalu dengar isu gangguan seksual ini terjadi kepada golongan wanita. Malah isu ini perlulah di pandang serius yang dilihat kerap kali dilaporkan dalam negara kita. Tapi pernahkah anda mendengar kes gangguan seksual ini terjadi kepada mangsa seorang lelaki?

Foto : Instagram Hafreez Adam

Isu ini telah dikupas oleh pelakon Hafreez Adam di Instagramnya di mana dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika berada lokasi penggambaran. Namun apa yang menjadi kebimbangan, Hafreez berkata, ia seolah-olah tidak menjadi kesalahan jika ia berlaku kepada lelaki. Malah dianggap sebagai gurauan?

“Apa yang ingin saya jelaskan, jika perbuatan ini dilakukan oleh golongan lelaki, ia pantas dicop sebagai gangguan seksual. Namun, golongan wanita yang melakukannya, ia sekadar dianggap gurauan keterlaluan atau tidak senonoh. Sedangkan, isunya sama, tetap gangguan seksual.”-katanya kepada BH Online.

Menurut pemenang anugerah Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 itu, kelakuan wanita yang cuba membuat gangguan seksual terhadap lelaki dianggap tidak manis.

“Bagi saya, perkara seumpama ini tidak manis dan bersesuaian, apatah lagi, bercakap atau bertindak di hadapan khalayak. Orang sekarang boleh bergurau hingga bahagian yang tidak sepatutnya disentuh. Dan, mangsanya pula malu. Saya tidak terbuka nak cerita mengenai isu gangguan seksual kerana risau pandangan masyarakat, terutama apabila berada dalam kelompok industri seni. Sedangkan, perkara ini berlaku di lokasi penggambaran.”

https://www.instagram.com/p/CKf3TvABnXs/

Hafreez Diraba Bahagian Dada dan Punggung Oleh Kru Produksi

Menceritakan pengalamannya yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual, Hafreez merasa dirinya harus bersuara. Dia tidak selesa apabila punggung dan dadanya di raba oleh salah seorang kru produksi yang merupakan seorang wanita ketika di set penggambaran.

“Jangan biasakan perbuatan ini, Tak apa melakukan itu. Tidak mengapa jika kedua-dua pihak baik-baik saja dan tidak kisah. Tetapi jika satu pihak tak suka. Itu adalah gangguan seksual.”- katanya

gangguan seksualhafreez adam
https://lomp.at/16by8
Share58Tweet36SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem