Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Belum Bercerai, PU Abu Jawab Dakwaan Tumbuk Mata Isteri Kedua

by Khai Azfar
February 10, 2021
131
KONGSIAN
Share on Facebook

Menerusi ruangan soal jawab yang dimuatnaik oleh pendakwah bebas,PU Abu Sufyan di laman Insta-story nya baru-baru ini,Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi tampil menjawab beberapa persoalan mengenai status hubungannya bersama isteri kedua, Hana Azraa.

Kes Perbicaraan Pada 19 April 2021

Sebelum ini, Hana mengesahkan dalam proses perceraian dengan Abu berikutan terdapat konflik dalam rumahtangga mereka. Terbaru, Abu mengakui bahawa hubungan mereka sebagai suami isteri akan berakhir apabila mahkamah syariah menetapkan perbicaraan kes tersebut pada 19 April ini.

“Perbicaraan sepatutnya berlangsung lebih awal tapi ditunda gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalau nak yang terbaik untuk seseorang, tidak semestinya kena bersama dengan mereka.” katanya

Bukan Akibat Ditumbuk

Dalam pada itu, Abu turut menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pengikut yang bertanyakan mengenai perihal lebam di mata Hana yang kononnya dikatakan berpunca daripadanya.

Menafikan dakwaan tersebut, Abu menjelaskan bahawa kecederaan pada mata Hana bukanlah akibat ditumbuk sebaliknya disebabkan oleh kemalangan kecil yang tidak dijelaskannya lebih lanjut.

“Mata Hana itu bukanlah ditumbuk oleh saya atau dipukul oleh saya mahupun sesiapa. Tetapi berlaku insiden atau accident kecil” dedah Abu

Terdahulu,  Hana dilihat memuat naik gambar bangunan Mahkamah Syariah di Anak Bukit, Alor Setar dengan kapsyen ringkas di fotonya memberi gambaran mengenai hubungannya bersama Abu.

Sekadar info, pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki,Muhammad Uwais Al-Mateen pada Februari 2020.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
PU Abu Hana Azraa
https://lomp.at/75kel
Share52Tweet33SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem