Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

5 Bintang K-Pop Wanita Kongsi Kisah Bergelut Dengan Depresi

by Naddy Joe
February 12, 2021
169
KONGSIAN
Share on Facebook

Kesihatan mental memainkan peranan yang besar dalam setiap kehidupan manusia. 5 bintang K-Pop wanita pernah menceritakan secara terbuka mengenai perjuangan mereka bergelut dengan depresi.

HyunA

Penyanyi ‘I’m Not Cool’ ini pernah berkongsi di laman Instagram peribadinya bahawa beliau bergelut dengan depresi dan panic disoder. Beliau menulis,

“Saya dirawat kerana depresi dan gangguan panik. Saya fikir akan baik-baik sahaja kerana saya dikelilingi oleh mereka yang selalu ada bersama saya, dan juga peminat saya. Setelah saya pergi ke hospital, saya menyedaro bahawa saya bukan begitu. Saya pergi untuk mendapatkan rawatan seminggu sekali sekarang.”- HyunA

Beliau sebelum ini telah menolak comeback yang sangat dinanti-nantikan disebabkan masalah kesihatan pada bulan Ogos 2020. HyunA kini kembali dengan lebih kuat dari dulu, dengan ‘I’m Not Cool’ dan ‘GOOD GIRL’ beberapa minggu yang lalu turut berterima kasih terhadap sokongan oleh peminatnya.

Taeyeon (Girls’Generation)

Penyanyi ‘What Do I Call You’ pernah membuat pendedahan melalui laman Instagram peribadinya mengenai depresi yang dilalui.

“Saya bergelut dengan depresi. Saya telah mengambil ubat dan cuba yang terbaik untuk menjadi lebih baik. Sama ada gangguan bipolar atau depresi, jangan memandang saya secara berbeza. Setiap orang sakit dengan cara tertentu”- Taeyeon

Suzy

Sewaktu Suzy hadir sebagai tetamu dalam program SBS iaitu Healing Camp pada tahun 2013, Suzy berkongsi pengalaman peribadinya mengenai depresi.

“Saya tidak dapat bercakap dengan sesiapa mengenai perkara itu. Saya berfikir adakah saya dapat bertahan melaluinya esok? Ini adalah pemikiran yang saya alami.”- Suzy

Beliau turut berkongsi mengenai emosi yang dialami sewaktu bersama rakan,

“Suatu masa, saya bercakap dengan rakan saya dan saya mula ketawa, tetapi entah dari mana saya mula menangis.”- Suzy

Walaupun aktres drama Start-Up ini mengalami pelbagai kesukaran, beliau berterima kasih kepada peminatnya bahawa beliau dapat meneruskan promosi lakonannya.

Choa

Pada tahun 2017, bekas ahli kumpulan AOA iaitu Choa membuat pendedahan bahawa beliau meninggalkan kumpulan tersebut kerana depresi dan insomnia.

“Di dalam pasukan, saya adalah unnie yang tertua, tetapi saya masih muda sewaktu promosi kami ada banyak masa yang saya hanya mahu menangis. Untuk mengatasi insomnia dan depresi, saya mulai mengambil ubat. Sejak 2 tahun yang lepas, promosi saya sudah mulai berkurang kerana saya sangat penat. Ianya bukan masalah kecil, jadi akhirnya semua aktiviti saya terhenti.”- Choa

Selepas beliau melakukan comeback, Choa berterima kasih kepada peminatnya yang sentiasa memberi galakan dan sokongan yang berterusan.

Solbi

Sewaktu Solbi menjadi tetamu dalam rancangan JTBC Talking Street, beliau berkongsi pengalamannya mengenai depresi. Beliau mendedahkan bahawa skandal pita seks palsu adalah pencetus di sebalik apa yang berlaku.

“Ada ketika seseorang menggunakan nama saya dalam sebuah video yang tersebar di seluruh media sosial. Ibu saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kejutan yang dialaminya. Bukan hanya itu, seseorang telah merompak rumah saya dan semasa waktu itu, saya tidak dapat menjalani kehidupan yang normal kerana depresi yang teruk.”- Solbi

Solbi mengalami kesukaran untuk meneruskan aktivitinya sebagai penghibur dan melakukan hobi melukis pada masa-masa itu. Beliau dapat atasi depresi melalui hobi barunya serta sokongan berterusan yang diterima oleh peminatnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/u03h8
Share68Tweet42SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem