Priyanka Chopra mengakui bahawa dia telah diminta untuk melakukan pembedahan plastik dari rahang ke payudara oleh seorang pengarah. Ini dinyatakan oleh isteri Nick Jonas dalam buku memoirnya Unfinished. Dia menulis tentang bagaimana dia berjuang dalam industri hiburan Hollywood.
“Pada waktu itu saya bercakap selama beberapa minit, kemudian seorang pengarah meminta saya berdiri dan berpusing. Ketika saya melakukannya, dia memandang saya dengan tajam dan meminta saya melakukan pembedahan plastik pada payudara, rahang dan mengetatkan punggung saya,”- kata Priyanka dipetik dari Dailymail.uk.
“Dia berkata, jika saya ingin menjadi seorang aktres di Amerika, saya harus memperbaiki bahagian badan saya dan dia memberi saya cadangan dari doktor hebat di Los Angeles,” lanjutnya.
Ini membuat Priyanka merasa rendah diri, terutama mendengar pengurus menyetujui dan menyokong cadangan pengarah. Priyanka kemudian mengorak langkah dan memulakan karier di Hollywood sebagai satu-satunya pelakon Asia dalam siri ABC ‘Quantico’ pada tahun 2015.
Kini, Priyanka telah dikenali oleh orang ramai kerana kariernya yang menjulang tinggi dalam industri hiburan Hollywood.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.