Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ini Respon Farid Kamil Setelah Gelaran Datuk Ditarik Istana Pahang

by Khai Azfar
February 11, 2021
Share on Facebook

Semalam, media melaporkan Istana Pahang telah menarik semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada dua selebriti, Farid Kamil dan Boy Iman.

Berkuatkuasa 1 Februari 2021

Menurut Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, tarikh surat penarikan balik darjah kebesaran Farid dan Boy berkuat kuasa 1 Februari lalu. Menurutnya, penarikan gelaran itu bagi menjunjung titah perintah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta-merta”

“Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini.

“Darjah itu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang–Bintang Negeri Pahang,” katanya dalam kenyataan tersebut

Hormat Keputusan Istana

Dalam pada itu, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram milik Farid, dia menghormati akan keputusan dari pihak Istana dan berbesar hati membawa gelaran tersebut selama ini.

“Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Dato’ yang dikurniakan oleh Istana Pahang. Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu”

“Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada saya” kongsinya

Pada hantaran yang sama, Farid turut mengumumkan kini sedang dalam usaha memasarkan filem terbaharunya yang juga sekual kepada Remp-It yang dijadualkan tayangannya pada tahun ini.

“Saya kini dalam usaha memasarkan filem Remp-it 2 yang akan menemui penonton dalam tahun ini juga,” tambahnya lagi

Mengimbas kembali, Farid Kamil antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Alamrhum Sultan Ahmad Shah pada 16 Disember 2017.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
farid kamilFarid kamil boy imanGelaran Datuk farid kamil ditarik
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara