Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tidak Puas Hati? Boy Iman Bakal Hantar Surat Kepada SUK Pahang

by Khai Azfar
February 11, 2021
151
KONGSIAN
Share on Facebook

Gelaran Datuk bagi dua selebriti, Farid Kamil dan Boy Iman telah ditarik semula oleh Istana Pahang berkuatkuasa 1 Februari lalu seperti yang dilaporkan media tempatan semalam.

Boy Iman Terkejut

Bagaimanapun, Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman berasa terkejut sebaik sahaja dihubungi pihak media mengenai penarikan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu kerana tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak istana.

“Setakat ini saya belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Pahang berhubung penarikan balik darjah kebesaran”

“Saya tidak kecewa namun saya sendiri terkejut apabila dapat tahu daripada kawan-kawan media bukan daripada surat yang sepatutnya diberikan kepada saya melalui pihak istana” katanya

Akan Tulis Surat

Kesal Boy, dia berkata seharusnya tindakan tersebut dilakukan dengan secara rasmi dan bukanlah mengenai hebahan kepada media terlebih dahulu.

“Saya rasa sedikit ralat kerana apa yang dilakukan tidak melambangkan kredibiliti atau protokol sedangkan saya sendiri tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak istana sampai hari ini,” tambahnya lagi

Dalam pada itu, Boy akan menulis surat menerusi peguamnya kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) mengenai sebab gelaran itu ditarik.Difahamkan, pihaknya akan menunggu surat rasmi tersebut sehingga Jumaat ini sebelum meneruskan tindakan selanjutnya.

“Saya tak berani nak komen panjang. Saya tunggu sampai Jumaat ini kalau belum ada apa-apa surat istana atau SUK Pahang, saya sendiri melalui peguam saya akan tulis surat kepada pihak mereka.

“Sebab bagi saya, surat rasmi kepada mereka yang terlibat (ditarik balik darjah kebesaran) harus didahulukan sebelum memberi kenyataan media kepada wartawan,” jelas Boy

Sebagai info, Boy adalah seorang daripada 158 penerima darjah kebesaran dan pingat sekitar Mei 2017.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
boy imanBoy Iman Ditarik Datuk
https://lomp.at/8rmd9
Share60Tweet38SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem