Sunday, April 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

Kilafairy Nafi ‘Jual Bibir Seksi’ Kerana Wang

by Khai Azfar
February 15, 2021
183
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan penyanyi Kilafairy menjawab dakwaan dia menerima tawaran produk kecantikan UFORA sebagai duta bukanlah kerana soal bayaran.

Pentingkan Kualiti Produk

Bagi Kilafairy, 29, atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan berkata dia bukan seorang individu yang mudah bekerjasama dengan produk keluaran tempatan terutama produk solekan seperti lipstik dan blusher. Faktor utamanya adalah kerana pelakon yang terkenal dengan jolokan Angelina Jolie Malaysia ini begitu mementingkan kualiti sesebuah produk sebelum menjadi penggunanya.

“Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu berkata ya.

“Tapi apabila mencubanya, saya sendiri menyukainya. Ia amat menarik buat saya. Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipsmate ini memang rasa seperti tidak pakai lipstik,” katanya

Difahamkan, menerusi kerjasama ini juga telah meletakkan nama Kilafairy sebagai jenama produk tersebut dan akan memperkenalkan skim dropship tanpa modal untuk membantu orang ramai yang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

“Kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit”

“Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta. Sesiapa yang berangan nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu”

“Saya yakin dan pilih jenama ini kerana bangga dengan produk tempatan. Malah ini juga merupakan kali pertama saya dibenarkan oleh sesuatu jenama untuk menggunakan nama saya dalam produk mereka” kongsinya lagi

Kilafairy ditemui Murai.my secara maya menerusi pelancaran produk dan Skim Dropship Tanpa Modal berjudul UFORA X KILAFAIRY di buat secara langsung menerusi Facebook Live UFORA HQ pada Sabtu lalu.

Tampil Dengan Single Baharu

Mengulas perkembangan seninya, Kilafairy akan tampil dengan single terbaru berjudul Ratu yang berkonsepkan pop.

“Tajuknya belum pasti dan masih dalam perbincangan. Ia diuruskan oleh pengurusan saya iaitu Paranormal Records”

“Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain” katanya

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi veteran Rohana Jalil ini turut mendedahkan sudah mempunyai calon teman hidup yang dikenalinya sejak 10 tahun yang lalu. Bagaimanapun, Kilafairy lebih selesa untuk menyerahkan soal langkah seterusnya kepada pihak lelaki.

“Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula.

“Saya pun tak tahu samada tarikhnya akan berlansung bila dan lebih suka ikut arus,” katanya

Sekadar info, Kilafairy pernah berduet bersama Dj Aku Ash dan penyanyi antarabangsa Sean Kingston menerusi lagu Put The World In dan telah mendapat lebih dari 1 juta tontonan di laman YouTube.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER kilafairy
Share73Tweet46SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

“Tak Sesuai Dengan Imej Bertudung” – Netizen Doakan Kilafairy Agar Terus Istiqamah
Lokal

“Tak Sesuai Dengan Imej Bertudung” – Netizen Doakan Kilafairy Agar Terus Istiqamah

by Aphit J.
October 29, 2022
5 Artis Malaysia Berpakaian Seksi Yang Tular di Tahun 2018
HotList

5 Artis Malaysia Berpakaian Seksi Yang Tular di Tahun 2018

by Zaidin Albert
December 24, 2018
Isu Bermasam Muka Dengan Nelydia Senrose, Kilafairy Beri Penjelasan
Selebriti

Isu Bermasam Muka Dengan Nelydia Senrose, Kilafairy Beri Penjelasan

by Phic ARMAN
December 17, 2018
Kilafairy Mengamuk “I Will F*ck You Up”, Nelydia Senrose Jadi Mangsa?
Gossip

Kilafairy Mengamuk “I Will F*ck You Up”, Nelydia Senrose Jadi Mangsa?

by Ayden Mikhael
December 2, 2018
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Mia Sara Disangka Kantoi Berparti & Tak Bertudung? Netizen Bimbang- “Sebab Tu Kena Hati-Hati Memilih Kawan”

  2. 2

    Zamarul Hisham Dedah Sikap Rita Nadira Ketika Digandingkan Dalam Telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’

  3. 3

    Gambar Adik Neelofa Tersebar, Pemuda Indonesia Pasrah Dan Sanggup Terima Ameera Khan Jadi Isteri

  4. 4

    Mawar Rashid Umum Nama Terkini Anak Ketiga-“Ya Tukar Nama Sebab….”

  5. 5

    Puteri Sarah Mengaku Bahagia Dapat Cincin, Peminat Tak Sabar Tengok Naik Pelamin Kali Ke-2!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan