Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Kes Masih Disiasat, Bapa Nicki Minaj Maut Kemalangan

by Naddy Joe
February 15, 2021
210
KONGSIAN
Share on Facebook

Bapa kepada seorang penyanyi dan rapper terkenal antarabangsa Nicki Minaj, maut dalam kemalangan langgar lari di New York.

Dilanggar Ketika Sedang Berjalan

Nassau Police County di New York menyatakan bahawa bapa Nicki Minaj iaitu Robert Maraj yang berusia 64 tahun itu sedang berjalan di jalan antara Roslyn Road dan Raff Avenue sewaktu kejadian itu berlaku.

Polis menyatakan bahawa beliau dilanggar oleh kenderaan yang menuju ke arah utara dan pemandu dengan pantas melarikan diri dari tempat kejadian.

Robert dibawa ke hospital tempatan dalam keadaan kritikal dan disahkan meninggal dunia pada Sabtu (waktu tempatan). Kes kemalangan langgar lari itu kini di bawah penyiasatan oleh Homicide Squad.

Minta Orang Ramai Tampil Beri Kenyataan

via TMZ

Pihak polis turut meminta orang ramai untuk membantu untuk mengenal pasti pemandu yang bertanggungjawab atas kejadian itu, kerana saksi sebelum ini tidak dapat memberikan keterangan yang baik mengenai kenderaan suspek.

Tiada Kenyataan Dari Nicki Minaj Mengenai Kematian Bapanya

Nicki Minaj belum membuat kenyataan mengenai kematian bapanya secara terbuka, walaupun wakil kepada penyanyi berusia 38 tahun itu telah mengesahkan kematian Robert Maraj.

https://lomp.at/whhxf
Share84Tweet53SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem