Ada Sampai Hina Sentimen Agama, 5 Judul Filem Bollywood Ini Terpaksa Ditukar

Mesti Baca

“Memondan Lah Sangat!” – Diva AA Perli Usahawan Sensasi Popular?

Pengacara terkenal, Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sememangnya dikenali ramai kerana kelantangannya bersuara dan menegur...

“Iya Betul” – Sari Yanti Akui Sedang Hamil Anak Kelima

Pelakon Sari Yanti menerusi laman Insta-story mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil selepas diajukan soalan oleh salah seorang pengikutnya. Hamil...

“Bukan Anda Buat Kerja Tuhan”- Alicia Amin Pertahankan LGBTQ

Rata-rata masayarakat di Malaysia sudah mengetahui bahawa LGBTQ (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Questioning) tidak dibenarkan di Malaysia malah telah...

5 filem Bollywood ini perlu dinamakan semula tajuk disebabkan pelbagai alasan. Ada judul filem yang dikatakan melukakan sentimen komuniti Hindu. Anda ingin tahu filem Bollywood yang manakah perlu dinamakan semula tajuknya? Scroll sampai habis okay!

Jai Ho

Filem Jai Ho yang dibintangi oleh Salman Khan ini adalah remake bagi filem Telugu Stalin. Pada Tahun 2012, ketika Sohail Khan mengumumkan filem itu, beliau menyatakan bahawa beliau bakal remake blockbuster Telugu dengan tajuk Mental. Walaubagaimanapun, sewaktu filem ini released, ianya telah dinamakan Jai Ho.

Love Aaj Kal

Filem yang dibintangi oleh Saif Ali Khan dan Deepika Padukone ini berjudul Elastic sebelum dinamakan semula bertajuk Love Aaj Kal. Imtiaz Ali menjelaskan mengapa judul asal filem ini adalah Elastic, beliau menyatakan bahawa hubungan adalah seperti elastik. Semakin banyak anda menjalin hubungan, semakin banyak ketegangan untuk bersatu.

Loveyatri

Tajuk asal filem ini adalah Loveratri. Beberapa bulan selepas Vishwa Hindu Parishad memprotes tajuk Loveratri, ianya ditukar kepada Loveyatri. VHP mendakwa bahawa judul filem yang asal ini ‘memutarbelitkan makna festival Hindu Navaratri’. Filem ini dibintangi oleh Aayush Sharma sebagai lead role dan dihasilkan oleh Salman Khan.

Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela

Tajuk asal filem ini adalah Ramleela. Walaubagaimanapun, Mahkamah Tinggi Madhya Pradesh mendakwa judul filem itu melukai sentimen agama, dan ditukar kepada Ram-Leela. Selepas beberapa bulan, tajuknya sekali lagi ditukar kepada Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela, yang mana kekal menjadi judul terakhir.

Laxmii

Filem yang dibintangi oleh Akshay Kumar ini asalnya berjudul Laxmmi Bomb. Namun, setelah Shri Rajput Karni Sena menghantar notis undang-undang, judul filem itu diubah kepada Laxmii. Menurut notis itu, tajuk filem tersebut dianggap tidak menghormati Dewi Laxmi, sehingga melukai sentimen masyarakat Hindu.

Apa komen anda?

Terkini

Mahal Rupanya! Intip Harga Seterika Pemberian Neelofa Kepada Noor Nabila

Sebelum ini, usahawan yang juga selebriti, Noor Nabila pernah memaklumkan bahawa dia akan berpindah ke kediaman yang baharu. Untuk Rumah...

Artikel Berkaitan