Cipta Lagu Tentang Arwah, Hubungan Shukri Zainal & Nassier Wahab Cetus Tanda Tanya

Setelah 'hiatus' buat seketika dan mengharapkan sinar baru dalam tahun 2021, Shukri optimsis melancarkan single ketiga berjudul Puisi Rindu dan turut menukar nama komersialnya atas nasihat ibu tercinta

Mesti Baca

Artis & Instafamous Selar Kes Youtuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal

Insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal minggu lalu yang melibatkan Youtuber terkenal mendapat perhatian ramai termasuk di kalangan selebriti...

‘Harap Kamu Mati’- Adik Zyn Malik Disumpah Kerana Tak Dapat Restu

Waliyha adalah adik kepada Zayn Malik dari kumpulan One Direction. Dia pernah muncul dalam video muzik kumpulan itu pada...

Curi Perhatian! 5 Selebriti Hollywood Memakai Gaun Pengantin Sewaktu Di Karpet Merah

Apabila mencari penampilan yang sempurna sewaktu di karpet merah, selebriti kebiasaannya akan memilih custom atau designer gowns. Kadangkala, sesetengah...

Setelah ‘hiatus’ buat seketika dan mengharapkan sinar baru dalam tahun 2021, Shukri Zainal optimsis melancarkan single ketiga berjudul Puisi Rindu dan turut menukar nama komersialnya atas nasihat ibu tercinta. Lebih istimewa, lagu ini bukan sahaja merupakan ciptaan sendiri, malah ia juga sebagai ‘tribute’ Allahyarham Datuk Nassier Wahab.

Yang menjadi tanda tanya, siapakah arwah dalam hidup Shukri. Ini penjelasannya;

“Saya mula mengenali arwah Nassier Wahab  pada tahun 2016 dan diperkenalkan penyanyi Fazli Zainal. Kami boleh serasi dan rapat macam adik beradik. Malah arwah sendiri banyak memberi semangat dan galakan kepada saya. Arwah seorang pendengar yang baik dan tak lokek memberi nasihat”

“Tapi Tuhan lebih menyayanginya kerana sudah meninggalkan kita pada Disember 2019. Saya dapat idea menghasilkan alunan lagu ini tanpa lirik. Sejurus selepas solat, tiba-tiba ada alunan lembut berlagu dalam hati dan saya cepat-cepat merakamkannya menggunakan teknik “humming”.

“Selepas itu saya suarakan kepada Avny apa yang terlintas di hati. Lirik lagu ini mengambil masa dua hari untuk disiapkan. Lagu ini sebenarnya berkisarkan mengenai kesakitan yang ditanggung arwah semasa hayatnya. Kebetulan masa arwah sakit, saya tahu dan melihat keperitan yang cuba disembunyikan itu,” katanya

Kongsi Shukri lagi, penggambaran video muzik single ketiga ini dirakam pada Disember tahun lalu ditaja sepenuhnya oleh Produksi Pure On Vission dengan kerjasama Rekasia Studios dan Align Creative Studios.

“Lebih menyentuh hati, video muzik itu penggambarannya dilakukan di kediaman rasmi arwah di Bukit Raja, Klang. Bekas pembantu peribadi arwah,  Aliff juga berlakon sebagai cameo”

“Keadaan semasa pengambaran sangat suram dan sedih bercampur baur kerana keluarga arwah juga turut serta melihat proses pengambaran dari awal hingga akhir. Saya sebak setiap kali memandang setiap sudut dalam rumahnya. Terasa seolah olah arwah masih ada bersama,” katanya lagi

Lagu Puisi Rindu sudah  boleh distrim di semua platform digital terpilih manakala video muzik rasminya boleh ditonton menerusi laman YouTube Kame Music Production.

 

Terkini

Meghan Markle Buka Cerita Saat-saat Awal Memasuki Keluarga Diraja

Meghan Markle membuka cerita bagaimana beliau memasuki peranan diraja "secara naif". Memasuki Keluarga Diraja "Secara Naif" Wawancara Meghan Markle dan suaminya...

Artikel Berkaitan