Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Ahli Gusti WWE, Gabe Tuft Dedah Punca Sebenar Kenapa Mahu Jadi Wanita Transgender

by Phic ARMAN
February 18, 2021
Share on Facebook

Berita mengejutkan tentang seorang bekas ahli gusti WWE, Gabe Tuft atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Tyler Reks. Ahli gusti Amerika ini mengumumkan bahawa dia telah menjadi transgender. Namanya juga telah bertukar menjadi Gabbi Tuft.

Foto: Instagram Gabe Tuft

Sembunyikan Identiti Sejak Kecil

Menurut laporan dari Dailymail, walaupun dia berjaya dalam karier sebagai ahli gusti, Gabe, 42, merasa bahawa dia telah menyembunyikan identiti sebenarnya sejak kecil.

Gabe mendedahkan bahawa sejak berusia 10 tahun dia menyelinap masuk ke bilik ibunya dan mencuba beberapa pakaian wanita. Tetapi dia menahan perasaan itu kerana takut akan kebencian yang akan dia terima.

“Saya menyelinap ke almari pakaian ibu saya dan mencuba pakaiannya dan itu terasa benar. Tetapi saya menyimpan perasaan ini sepanjang hidup saya, hanya kerana masyarakat, mengetahui bahawa orang tidak menerimanya. Oleh itu, saya menolak perasaan ini sejauh mungkin,” katanya

Akhirnya setelah berbincang dan mendapat restu isterinya Priscilla, dia memutuskan untuk menjadi transgender dan berani mengumumkan kepada dunia bahawa sekarang Gabe telah menjadi seorang wanita.

Foto: Instagram Gabe Tuft

Dengan yakin, Gabbi memuat naik foto perubahan penampilannya di akaun Instagram peribadinya. Dalam muat naik itu, Gabbi kelihatan memakai tshirt merah, seluar jeans, rambut panjang dengan wajah disolek. Di belakangnya adalah foto Gabbi lama dengan tubuh sado dan berjanggut.

View this post on Instagram

A post shared by Gabbi Alon Tuft (@gabbituft)

“Ini saya. Tidak ada rasa malu. Ini adalah sisi diri saya yang telah lama saya rahsiakan kerana saya takut dengan pendapat orang; takut dengan apa yang keluarga atau rakan, dan pengikut saya katakan atau lakukan di media sosial. Sekarang saya tidak lagi takut. Saya dapat mengatakan dengan yakin, bahawa saya suka siapa saya,”- tulis Gabbi dalam kapsyen fotonya.

Foto: Instagram Gabe Tuft

Diketahui bahawa Gabe berkahwin dengan Priscilla dan kedua-duanya dikurniakan seorang puteri bernama Mia. Kini Mia masih berumur 9 tahun. Walaupun dia masih muda, dia sudah mempunyai pemikiran yang matang. Gabe Tuft mengakui bahawa isteri dan anak-anaknya menyokong keputusan itu.

View this post on Instagram

A post shared by Gabbi Alon Tuft (@gabbituft)

Error happened.
[VIDEO] Baru Sedar Dari Pembedahan Buang Implan, Abang Diva Ulam Kembali Ke Fitrah Asal
Gabe Tuftmak nyahpondanwwe
https://lomp.at/r8ifr
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara