Dipersoal Kredibiliti Sebagai Guru, Adibah Noor Balas Sindiran Netizen Ini!

Terdahulu, Adibah mencuri tumpuan apabila tampil memperbetulkan sebutan bahasa Inggeris beberapa selebriti dan tokoh terkenal tempatan di media sosial.

Mesti Baca

Dahsyat! 4 Item Ini Habis Dijual Setelah Digunakan Oleh Rosé Blackpink

Sebut sahaja BLACKPINK, sudah tentu membayangkan sebuah kumpulan K-Pop wanita yang sangat terkenal sehingga peringkat antarabangsa. Apa sahaja yang...

“Bukan Anda Buat Kerja Tuhan”- Alicia Amin Pertahankan LGBTQ

Rata-rata masayarakat di Malaysia sudah mengetahui bahawa LGBTQ (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Questioning) tidak dibenarkan di Malaysia malah telah...

Patutlah Cantik! Selain Neelofa 10 Artis Wanita Ini Berdarah Kacukan

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di Malaysia sebenarnya ramai artis wanita yang berdarah kacukan atau campuran dan kebanyakannya...

Sejak beberapa hari yang lalu, nama pelakon,penyanyi dan pengacara Adibah Noor hangat diperkatakan di media sosial berikutan tegurannya kepada beberapa pihak mengenai penggunaan bahasa Inggeris dengan betul.

Mahu Jadi Pengantara

Terbaru, selepas Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan siaran DidikTV yang diperbaharui dalam NTV7, Adibah menawarkan dirinya untuk menjadi pengantara bagi slot Bahasa Inggeris.

Meskipun ciapan pelantun Terlalu Istimewa itu mendapat sokongan daripada ramai peminat, namun ada diantaranya yang mempertikaikan kredibiliti Adibah untuk menjadi seorang guru. Malah segelintir mereka turut mempersoalkan Adibah meletakkan jawatan sebagai seorang guru sebelum ini.

Mempunyai Kelulusan Dalam Bidang TESL

Tampil membalas ciapan tersebut, jelas Adibah dia merupakan seorang pemegang ijazah (dengan kepujian) pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL) selain berpengalaman sebagai seorang guru bahasa Inggeris.

“Saya selalunya tak berkongsi dengan pengiktirafan yang saya ada, tetapi inilah…”

“Saya ada Ijazah (dengan kepujian) pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua B. Ed. (Hons.) TESL”

“Guru Bahasa Inggeris yang diiktiraf, yang mana dari skill saya yang sedia ada, berkembang”

“dalam sebijik kulit kacang” tulis Adibah

Terdahulu, Adibah mencuri tumpuan apabila tampil memperbetulkan sebutan bahasa Inggeris beberapa selebriti dan tokoh terkenal tempatan di media sosial. Kongsi Adibah, niatnya hanya ingin berkongsi segala ilmu kepada orang ramai untuk bersama-sama belajar mengenai penggunaan bahasa Inggeris dengan betul.

Terkini

Bergelar Anak Pengarah Popular, Fian Ali & Alif Ali Sedia Dikecam Netizen

Membuat kemunculan semula bersama adiknya yang kini bergelar penyanyi, Fian Ali dan Alif Ali bersedia sekiranya suatu hari nanti...

Artikel Berkaitan