Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Foto-Foto Romantis Paris Hilton Dilamar Usahawan, Cincin Bernilai RM8.2 Juta!

by Phic ARMAN
February 18, 2021
219
KONGSIAN
Share on Facebook

Selebriti Hollywood, Paris Hilton akhirnya mengumumkan pertunangannya dengan jejaka pilihan hatinya, Carter Reum. Berita gembira ini dibuat sempena ulang tahunnya yang ke-40 pada 17 Februari 2021.

Untuk info, sebelum Paris bertunang secara rasmi dengan Carter Reum, dia pernah gagal untuk bernikah dengan pelakon Chris Zylka pada bulan November 2018. Namun kini, Paris Hilton telah menerima lamaran dan diberi cincin pertunangan dengan harga yang sangat mahal.

Paris Hilton mengumumkan hal ini di media sosial rasminya. Tunangnya merupakan ahli perniagaan. Walaubagaimanapun, tarikh sebenar mereka berdua bertunang adalah  pada 13 Februari 2021 yang lalu.

Dalam muatnaik fotonya, Paris Hilton juga mengatakan Carter Reum adalah jodoh terbaiknya. Menceritakan saat-saat dia dilamar, Paris Hilton berkata dia mendapat kejutan romantis dari Carter Reum yang mengajaknya bercuti untuk meraikan ulang tahunnya. Tanpa disangka, Carter Reum melamar Paris Hilton.

“Semasa kami berjalan untuk makan malam di sepanjang pantai, Carter membawa kami ke sebuah cabana yang dihiasi bunga dan berlutut. Saya berkata ya, ya selamanya. Tidak ada yang lebih baik yang saya habiskan bersama selama-lamanya”- lanjutnya.

Cincin Tunang Bernilai RM8.2 Juta

Sementara itu, Paris Hilton bangga menunjukkan cincin berlina pertunangannya yang direka oleh Jean Dousset.

Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, cincin pertunangan Paris Hilton dianggarkan mencapai harga US $ 2 juta atau sekitar RM8.2 Juta. Cincin berlian putih itu nampaknya mempunyai 15-20 karat dan dibingkai oleh dua berlian beraksen trapezoid.

Siapakah Carter Reum

Di sebalik berita pertunangan ini, ramai peminat tertanya-tanya siapakah Carter Reum yang berjaya mencuri hati Paris Hilton. Menurut Vogue, Carter Reum adalah ahli perniagaan dan pengasas syarikat pelabur bernama M13. Syarikat ini juga menyokong jenama Daily Harvest, Lyft, dan jenama kasut Rothy.

Seperti dilaporkan oleh Cheatsheet, lelaki yang nama penuhnya Carter Milliken Reum dianggarkan memiliki kekayaan sekurang-kurangnya US$ 35 juta atau sekitar RM141 Juta Kekayaan ini sangat berbeza dengan Paris Hilton, yang dianggarkan bernilai US$ 300 juta atau sekitar RM1.21 Billion.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Carter Reumparis hilton
https://lomp.at/b2xsi
Share88Tweet55SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem