5 Hal Yang Ramai Tak Tahu Tentang Darren Chan, Pengasas ‘Sugarbook’

Mesti Baca

Gempar! Pengarah & Suami Aktres Terkenal DM Teman Lelaki Nur Sajat?

Kontroversi mengenai usahawan sensasi Nur Sajat telah menarik ramai perhatian untuk memberi kenyataan termasuklah para selebriti iatu suami kepada...

Mak Ayah Dihina Sampai Panggil ‘Bodoh’? Dekati Kisah Kak Girl Yang Menyentuh Hati

Kak Girl sebak hingga mengalirkan air mata dalam sebuah video temubual eksklusif bersama selebriti dan influencer oleh Subhome. Dalam video...

Memakai Gelang Berlian Puteri Diana, Ini Alasan Meghan Markle

Meghan Markle memakai perhiasan istimewa sewaktu wawancara beliau yang bakal datang dengan Oprah Winsfrey. Memakai Gelang Berlian Mendiang Puteri Diana Sewaktu...

Beberapa hari sebelum ini, media sosial hangat memperkatakan tentang platform ‘dating’ bernama Sugarbook. Rata-rata orang Malaysia berpendapat aplikasi ini tidak sensitif dengan sentimen keagamaan, malah menyebabkan kegiatan dan perhubungan sosial bebas semata-mata untuk mendapat pulangan lumayan.

Hari ini, pengasasnya dan ketua pegawai eksekutif Sugarbook, Darren Chan ditahan polis untuk siasatan. Siapakah Darren Chan? Adakah dia benar-benar bersalah? Berikut Murai MY rangkumkan 5 hal yang ramai tak tahu tentang Darren Chan dari pelbagai sumber.

Berasal Dari Pulau Pinang

Seperti yang dipaparkan dari akaun Linkedin, Darren Chan yang kini berusia 34 tahun merupakan anak kelahiran Pulau Pinang kemudian dia telah melanjutkan pelajaran ke Melbourne, Australia. Difahamkan dia menggemari seni mempertahankan diri Muay Thai dan Tinju. Pada tahun 2017, Darren mengasaskan Sugarbook yang menarik lebih 800,000 ahli.

Yakin ‘Sugar Baby’ Bukan Pekerja Seks Haram

Darren Chan pernah menyatakan  bahawa tidak adil untuk menyekat atau mengharamkan aplikasi tersebut di Malaysia. Darren menekankan bahawa “Sugar Baby” bukan pekerja seks haram.

“Mereka tidak memperdagangkan badan mereka dengan nilai wang … Mereka adalah orang sebenar dari semua lapisan masyarakat, misalnya, (mereka) bergelar ibu tunggal, suri rumah, janda dan bercerai,” katanya kepada TodayOnline.

Berbangga Dapat Bantu Ibu Tunggal

Sumber: Instagram Darren Chan

Sebelum ini Darren Chan begitu berbangga dengan pengguna Sugarbook yang merupakan seorang ibu tunggal dengan anak yang berusia setahun. Wanita bernama Caitlyn itu menggunakan aplikasi Sugarbook untuk menemui Sugar Daddy dan menyara kehidupannya.

Dalam postingnya di Instagram, Darren Chan mendakwa Caitlyn menerima elaun sebanyak RM1,000 seminggu untuk membiayai kewangannya termasuklah yuran pendidikan ke kolej Inti dan pendidikan anaknya. Darren Chan mengucapkan terima kasih kepada Sugar Daddy itu kerana menemui Caityln dalam aplikasi Sugar Book, sekaligus mengurangkan bebannya menyara kehidupan.

Sugar Baby Beri Sumbangan Kepada Hospital Sungai Buloh

Sumber: Instagram Darren Chan

Dalam salah satu postingnya di Instagram, Darren Chan meluahkan rasa bangganya dengan salah seorang ‘Sugar Baby’ yang menggunakan aplikasi ini membuat sumbangan dan menderma kepada masyarakat.

“Sangat gembira melihat bagaimana masyarakat kita berkembang. Kami membina Sugarbook sebagai platform di mana orang boleh menjadi diri mereka sendiri, meluahkan perasaan mereka dan berbangga dengan pilihan jodoh mereka yang unik tanpa penilaian. Sugar Baby sering dikelilingi oleh stigma. Saya gembira orang ramai melihat sisi Sugar Baby yang berlainan di tengah wabak tersebut. Sangat gembira dengan berita itu. Terima kasih Natalie kerana memberi inspirasi kepada kami”- tulisnya di Instagram.

Wanita yang bernama Natalie ini telah menyumbangkan sebahagian dari wang elaun yang dibiayai oleh ‘Sugar Daddy‘ kepada Hospital Sungai Buloh. Difahamkan dia mula berkenalan dengan ‘Sugar Daddy’ itu dari aplikasi  Sugarbook pada tahun 2017.

Pernah Mendapat Liputan Di Media Antarabangsa

Foto: Instagram Darren Chan

Pada awal tahun 2019, Darren Chan pernah ditemubual oleh media Australia dan diterbitkan dalam laman berita DailyMail. Dalam laporan tersebut, Darren Chan mendedahkan mengenai kualiti yang sangat dicari oleh ‘Sugar Daddy’ untuk ‘Sugar Baby’ mereka.

Bercakap kepada Daily Mail Australia, dia memberitahu perkara yang harus dilakukan dan tidak boleh dilakukan ketika mengadakan temujanji bersama ‘Sugar Daddy’ & ‘Sugar Baby’.

“Secara ringkas, para lelaki menginginkan kecantikan, intelektual, penyokong liar dan suka hal yang lasak dan harimau di tempat tidur’- kata Chan kepada Dailymail.uk.co.

Walaubagaimanapun, aplikasi Sugarbook itu tidak boleh diakses sejak kelmarin, dipercayai selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima desakan daripada pelbagai pihak untuk menyekat laman sesawang berkenaan.

Hari ini Darren ditahan polis untuk kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

 

Terkini

Unik & Menarik! Koleksi Alphabet dUCk Cipta Kelainan Kepada Si Pemakai

Dengan membawakan huruf abjad A – Z, dUCk mengajak orang ramai untuk “Jadi Diri Anda Yang Sebenar” (Truly be...

Artikel Berkaitan