Antara 5 Pasangan Selebriti Yang Menjalankan Perniagaan Bersama

Mesti Baca

Menjadi seorang selebriti bukan sahaja dapat meraih populariti malahan dapat memasarkan produk sendiri pada peminat dan meraih jualan tanpa modal dan pemasaran yang besar. Ini kerana mereka dikelilingi oleh peminat-peminat yang sangat setia dan sentiasa menyokong apa jua yang idola mereka lakukan.

Di Malaysia semakin ramai selebriti yang menjalankan perniagaan bersama pasangan masing-masing. Tidak kira apa sahaja jenis perniagaan seperti makanan, produk kecantikan, produk kesihatan dan sebagainya. Ada yang menjual secara di dalam talian, ada juga yang membuka cawangan sendiri malahan tak kurang juga yang sudah ada kilang bagi pengeluaran produk yang mereka jalankan. Hebat bukan?

Di sini kami senaraikan antara 5 pasangan selebriti yang berjaya mengusahakan perniagaan bersama dengan pasangan mereka. Jom kita tengok!

Nadiyah Shahab Dan Ben Ali 

kosmo.com.my

Nadiyah Shahab dan suaminya, Ben Ali merupakan pasangan selebriti yang kini bergelar usahawan yang sangat berjaya. Mereka telah memulakan perniagaan pada tahun 2018, hanya bermula dengan jualan kecil-kecilan di pondok rehat, kini perniagaan mereka bertambah maju dan mereka mampu memiliki kilang sendiri di Taman Perindustrian Bukit Serdang.

Absolute Chocolat adalah perniagaan yang mereka usahakan bersama di bawah syarikat Absolute Brand Sdn Bhd telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa sejak ianya mula dilancarkan pada Februari 2019. Walaupun baru beberapa tahun ianya dilancarkan, namun keknya mampu memecah rekod dan mencatat jualan yang banyak setiap hari.

Selain dari Absolute Chocolat, mereka juga terus meluaskan cabang perniagaan mereka iaitu Absolute Brew dan Absolute Event & Management. Kini mereka sedang meneroka untuk memasuki perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa.

Asyraf Dan Tya Ariffin

via Qisstiera

Asyraf Datuk Seri Khalid dan isterinya, Tya Ariffin merupakan pasangan usahawan yang menjalankan perniagaan bersama. Setelah bertahun-tahun mereka bergelut dan berjuang untuk memperkukuhkan perniagaan mereka, kini mereka telah berjaya digelar ahli perniagaan yang sangat berjaya. Mereka adalah pengasas produk jus kesihatan, jamu Mutyara Beauty sejak April 2018. Pada mulanya, perniagaan Mutyara ini hanya bermula di sebuah rumah di Cyber Jaya dengan hanya satu meja besar, kemudian mereka berpindah ke lot pejabat di kawasan yang berhampiran dan kini mereka mampu memiliki empayar mereka sendiri yang tersergam indah di Puchong iaitu Wisma Mutyara.

Jamu yang yang diusahakan itu adalah legasi turun temurun yang telah lama diamalkan oleh keluarga Tya dan kini ianya telah dikomersilkan. Selain itu, pasangan ini juga ada menjalankan Business Opportunity Session secara online dan berhasrat untuk membantu banyak masyarakat untuk menjana pendapatan sampingan dan meningkatkan taraf hidup.

Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel

via Gempak.com

Wawa Zainal dan Ariel Zafriel merupakan pelakon dan model dalam beberapa drama TV dan filem.  Nama pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sudah tidak dinafikan sentiasa menjadi sebutan dan sentiasa mendapat perhatian sebagai usahawan yang sangat berjaya. Mereka kini telah bergelar jutawan selepas beberapa tahun mengusahakan perniagaan kosmetik. Pelbagai cabaran dan dugaan yang telah mereka harungi sepanjang beberapa tahun dalam bidang perniagaan dan mereka juga pernah ditipu oleh seseorang yang bergelar ‘Datuk’ sebanyak RM100,000.00.

Pada mulanya, perniagaan yang mereka jalankan hanyalah dmulakan oleh mereka sendiri tanpa bantuan sesiapa. Wawa dan Ariel telah melancarkan produk Wawa Cosmetics pada tahun 2016 dan setiap pekerjaan pengurusan, stok dalan segalanya, semuanya dilakukan oleh mereka berdua sahaja. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk menjalankan semuanya sendiri, Namun sekarang, empayar kosmetik ini telah mempunyai ramai kakitangan dan reseller dari seluruh negara.  Selain perniagaan kosmetik, Wawa dan Aeril juga turur mengeluarkan produk lain iaitu Madu Turki Soulmate dan yang terkini pasangan ini melebarkan sayap pula dengan niche bisnes yang berbeza di bawah syarikat Rielkies Industries Group Sdn Bhd. Pasangan ini sangat gembira kerana dapat membantu ramai anak bangsa yang bersedia untuk mengubah hidup mereka dan berpeluang untuk berkongsi rezeki dengan ramai orang.

Ayda Jebat Dan Nabil Mahir

via IG

Nur Suhada Jebat atau lebih dikenali dengan nama Ayda Jebat yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Nabil Mahir merupakan seorang pengacara dan kini mereka berdua memulakan perniagaan bersama yang baru sahaja dilancarkan pada 1 Februari 2021 iaitu produk susu premium, Chocoyu. Chocoyu adalah produk campuran susu bersama madu dan badam.

Nabil Ahmad Dan Zira Ayub

via metroallnws.com

Nabil Ahmad adalah seorang pelakon, pelawak dan merupakan pengacara terkenal yang dikatakan mendapat bayaran yang termahal di Malaysia dan Zira Ayub juga merupakan bekas pengacara di salah sebuah stesyen radio. Pasangan ini telah memulakan perniagaan sejak beberapa tahun dahulu. Psangan ini memiliki beberapa perniagaan sendiri antaranya adalah cawangan BubbleBee yang terletak di Seremban 2 namun masih belum dibuka, mereka juga mengusahakan produk Dorilicious bersama rakan kongsi selebriti yang lain seperti Zizan Razak dan Achey. Nabil dan Zira juga baru sahaja melancarkan produk terbaru iaitu Babynuts. Nabil dan Zira juga berhasrat untuk membantu golongan yang memerlukan untuk menjana pendapatan dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan juga menjadi ejen dan stokis untuk produk mereka.

 

 

 

Terkini

Rahsia Kecantikan Kulit Glowing Pelakon Bollywood – Kareena Kapoor

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya...

Artikel Berkaitan