Safaa Malik, adik kepada Zayn Malik telah memuat naik foto terkini ruang permainan dan bilik tidur puteri kesayangan Zayn Malik dan Gigi Hadid, Khai sebagai hadiah terindah dari keluarganya.
Bilik tidur dengan reka bentuk yang sangat comel yang dihiasi dengan tema watak Marie dari filem Disney, bunga dan juga rama-rama. Semuanya berwarna pink, tersergam indah memenuhi ruang dinding di bilik puteri, Khai. Ada juga nama Khai dan Zaneyah yang tertulis di dinding sebagai hiasan. “Nampak menawan untuk anak-anak kecil kami,” tulis Safaa di instagram storynya.
Jika diperhatikan dengan lebih terperinci, bilik baby Khai juga dilengkapi dengan katil besar yang masih mengekalkan warna putih dan merah jambu. Dinding di sekeliling tempat tidur juga dihiasi dengan bunga yang juga berwarna merah jambu.
Nampaknya bililk yang indah ini adalah hasil karya Saafa bersama ibunya, Trisha Malik. Ini dapat dilihat dari instagram Trisha yang dimuat naik olehnya. Ramai yang memuji akan reka bentuk bilik cucunya itu.
“@mammamalik killed it again (dengan emoji hati) best room transformation ever hun.” Itulah pujian yang telah diberikan kepada ibu Zayn.
Gigi Hadid dan Zayn Malik telah dikurniakan anak pertama mereka pada September 2020. Walau bagaimanapun, pasangan itu telah merahsiakan maklumat mengenai anak perempuan mereka termasuk nama dan wajahnya.
Namun baru-baru ini, Gigi Hadid telah mengemaskini biografi di akaun instagram miliknya seolah-olah memberitahu pada peminatnya siapakah nama anaknya dengan menulis, “Khai’s Mom”.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.