Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Nyanyi Macam Sampah? Sharifah Shahirah Tampil Beri Penjelasan

by Zaidin Albert
February 22, 2021
Share on Facebook

Media sosial hari ini dipenuhi dengan perkongsian video nyanyian duet pengacara Sharifah Shahirah, 46 dan anak perempuan Tallisya. Bukan kerana vokal mereka hebat, tetapi aksi anak beranak ini ternyata tak kering gusi.

https://www.youtube.com/watch?v=nSN3AKivYOc

Sebenarnya Shahira muncul dalam program terbaru terbitan TV3, Famili Duo.  Mereka berdua menyanyikan lagu nyanyian asal Ratu Rock Malaysia, Ella berjudul Standing In The Eyes of The World.

Bukan sahaja penonton yang geli hati, malah dua juri iaitu Didie Alias dan Mark Adam juga ketawa lihat aksi bersahaja Shahira menyanyi.

Menurut Shahira, seperti yang dipetik dari Utusan Online, dia pada awalnya dia tidak begitu yakin untuk menyertai program tersebut namun setelah dipujuk oleh pihak produksi, dia kemudiannya mengubah fikiran.

“Bila penerbit kata cuma menyanyi macam karaoke, barulah saya bersetuju. Bukan apa, takut orang menyampah tengok saya menyanyi.

Sedar terhadap komen negatif dari netizen, Shahira berharap semua yang menonton faham, program ini dicipta sekadar hiburan bukannya program serius.

“Ada juga yang komen saya buat program itu macam sampahlah sebab tak menyanyi betul-betul. Nama pun program hiburan, saya pula penghibur. Kalau mahu yang serius, ada program lain yang lebih serius,”katanya.

“Kalau ada yang tak suka dan kutuk tu, saya faham. Tak marah pun sebab sudah sememangnya saya ni bukan seorang penyanyi,”katanya

Walaubagaimanapun, rata-rata peminat terhibur dengan telatah Shahira yang sememangnya dikenali sebagai seorang penghibur yang gemar berjenaka. Famili Duo  dihoskan oleh Uyaina Arshad bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam.

Peminat Terkejut Lihat Anak Lelaki Rusdi Ramli Semakin Dewasa - "Eh Macam Nick Jonas!"

Ia menampilkan selebriti popular tanah air bersama ahli keluarga dan saudara-mara menonjolkan bakat nyanyian masing-masing di mana setiap persembahan mereka akan dinilai oleh juri profesional.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
sharifah shahiraTalisyaTallisya
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara