‘Plot Twist’ Dalam ‘Epilogue’, Daft Punk Kini Dibubarkan Setelah Tiga Dekad Dalam Industri

Mesti Baca

Artis & Instafamous Selar Kes Youtuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal

Insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal minggu lalu yang melibatkan Youtuber terkenal mendapat perhatian ramai termasuk di kalangan selebriti...

‘Harap Kamu Mati’- Adik Zyn Malik Disumpah Kerana Tak Dapat Restu

Waliyha adalah adik kepada Zayn Malik dari kumpulan One Direction. Dia pernah muncul dalam video muzik kumpulan itu pada...

Curi Perhatian! 5 Selebriti Hollywood Memakai Gaun Pengantin Sewaktu Di Karpet Merah

Apabila mencari penampilan yang sempurna sewaktu di karpet merah, selebriti kebiasaannya akan memilih custom atau designer gowns. Kadangkala, sesetengah...

Setelah hampir tiga dekat berada dalam industri muzik, duo DJ iaitu Daft Punk kini telah dibubarkan. Menurut CNN, DJ duo itu akan dibubarkan adalah benar tetapi tidak memberikan alasan mengapa mahu dibubar.

Umum Pengunduran Diri Dalam Video ‘Epilogue’

Multi-instrumentalist Perancis, Thomas Bangalter dan Guy-Manuel de Homem-Christo yang digelar ‘Birth of EDM’¬† mengumumkan pengunduran diri meraka pada hari Isnin dalam video berdurasi 8 minit ‘Epilogue’, yang dikongsi di platform media digital mereka.

Video tersebut mengambil footage dari Electroma, sebuah filem yang diterbitkan oleh Daft Punk pada tahun 2006 yang mengisahkan tentang perubahan dua personel Daft Punk dari robot menjadi manusia.

Plot Twist Menandakan Berakhirnya Daft Punk

Daft Punk telah memberikan ,plot twist pada akhir video yang menandakan berakhirnya Daft Punk. Dalam video tersebut , Thomas Bangalter yang ikonik dengan topeng perak berhenti dan menanggalkan jaket Daft Punk miliknya. Dengan bantuan Guy-Manuel de Homem-Christo yang ikonik dengan topeng emas, Bangalter dilihat telah meletupkan dirinya.

Di akhir ‘Epilogue’, Homem-Christo dilihat berjalan sendirian meninggalkan Bangalter yang telah musnah akibat letupan, disertai diiringi dengan lagu Touch dari album terakhir Daft Punk, Random Access Memories (RAM).

Menghasilkan Pelbagai Album Dan Kolaborasi 

Sepanjang karier, Daft Punk telah menghasilkan sebanyak 5 album, iaitu Homework (1993), Discovery (1999), Human After All (2004), Tron:Legacy (2008), dan Random Access Memories (2011).

Bukan itu sahaja, Daft Punk turut berkolaborasi bersama Pharrel Williams dalam lagu Get Lucky dan Lose Yourself To Dance. Daft Punk juga pernah berkolaborasi dengan The Weeknd untuk lagu Starboy dan I Feel It Coming.

Peminat Sudah Jangka Pembubaran Daft Punk

Sebilangan peminat sudah dapat menjangkakan pembubaran Daft Punk. Hal ini kerana Thomas Bangalter menderita penyakit tinnitus sejak tahun 2002, yang membuatnya tidak dapat menjadi DJ di kelab lagi.

Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya Daft Punk telah memberikan pelbagai warna terhadap industri muzik dan akan terus dikenang selamanya.

Terkini

Meghan Markle Buka Cerita Saat-saat Awal Memasuki Keluarga Diraja

Meghan Markle membuka cerita bagaimana beliau memasuki peranan diraja "secara naif". Memasuki Keluarga Diraja "Secara Naif" Wawancara Meghan Markle dan suaminya...

Artikel Berkaitan