Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

Tampil ‘Fusion’ Pop Asli, Lenggang Dari Khodi Dipuji Peminat

by Khai Azfar
February 24, 2021
63
KONGSIAN
Share on Facebook

Pendatang baharu, Khodi,19 semakin dikenali ramai apatah lagi selepas menyertai program Lagu Cinta Kita musim kedua baru-baru ini.

Mahu Beri Pendekatan Berbeza 

Tidak mahu berlengah, Khodi kini tampil dengan lagu baharu pula yang unik berjudul Lenggang. Berbeza dengan suntikan plot cerita moden, difahamkan Khodi mengambil pendekatan berani bagi memberikan ‘perisa’ berbeza terhadap Lenggang.

“Lagu ini ala cerita Cinderella. Namun, untuk muzik video Lenggang, saya dan pasukan memberikan sedikit ‘twist’ atau kelainan pada jalan ceritanya. Saya memainkan watak seorang puteri kayangan yang mempunyai sifat alter ego bertopengkan sifat baik dan nakal. Dia berjaya mempesona si putera dengan watak baiknya”

“Bagaimanapun, akhirnya si putera cuma dipermainkan apabila si puteri bertukar menjadi nakal. Saya harap pendengar dapat menghayati mesej lirik Lenggang ini yang sebenarnya sebuah hikayat relevan tidak kira zaman mengenai pencarian cinta antara dua hati. Semoga pendengar juga akan menikmati penceritaannya dalam genre ‘fusion’ pop asli,” katanya dalam kenyataan media

Persembahkan Sendiri Koreografi 

Gemar bereksperimen dengan pelbagai jenis rentak lagu, Khodi akui kekuatan utama Lenggang adalah kerana melodinya yang mudah melekat di sanubari. Elemen asli yang disuntik dalam melodinya juga menyemarakkan lagi keindahan lagu ini. Paling memuaskan penyanyi ini,dia dapat mempelajari dan mempersembahkan sendiri koreografi tarian Lenggang.

“Bagi saya lagu ini mempunyai melodi dan rentak yang unik dan sebaik mendengar, melodinya akan melekat terus dalam ingatan. Ia tidak mudah dilupakan. Rentak elemen asli dalam lagu ini juga sangat menghiburkan dan boleh membuat sesiapa saja terasa nak menari. Saya boleh katakan, lagu ini mampu mencipta satu perasaan indah”

“Paling teruja, saya berpeluang untuk menari sendiri koreografi tarian Lenggang. Semestinya ia pengalaman baru disebabkan saya bukan seorang penari. Koreografinya menggabungkan tarian melayu, keraton dan bagi korus pula tarian inang. Lenggang ini sangat menghiburkan dan semoga pendengar dapat sama-sama mencuba tarian Lenggang ini,” katanya lagi

Dihasilkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), cabaran terbesar bagi Khodi adalah untuk menyanyikan sebuah lagu yang genrenya di luar zon selesanya. Tapi dengan bimbingan padu daripada penerbit Lenggang iaitu Shazee, dia berjaya melakukan yang terbaik.

Sebagai info, penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini memulakan karier muziknya sekitar tahun lalu. Khodi yang juga penuntut jurusan Diploma Muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) pernah tampil dengan lagu Ke Mana sebelum ini.

YouTube video

‘Lenggang’ boleh dilayari menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Khodi Lenggang
https://lomp.at/w88mo
Share25Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem