Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

5 Pengakuan Mengejutkan Bekas Bintang Cilik Di Hollywood Yang Ramai Tidak Tahu

by Naddy Joe
February 28, 2021
55
KONGSIAN
Share on Facebook

Apabila pelakon muda menjadi terkenal sejak usia yang sangat muda, bukan mudah untuk mengekalkan rasa normal seperti kanak-kanak yang lain. Beberapa selebriti Hollywood ini berkongsi bagaimana mereka bergelut dengan kemasyhuran dan menjadi tumpuan ramai sewaktu masih kanak-kanak.

Cole Sprouse

Cole Sprouse memberitahu Variety bahawa bekerja di sitkom Disney Channel selama sembilan tahun berisiko membuatnya lupa bagaimana kehidupan yang sebenarnya.

Cole Sprouse dan saudara kembarnya Dylan membintangi ‘The Suite Life Of Zack And Cody’ dan spin-off berikutnya dari tahun 2005 hingga tahun 2011. Kerjaya lakonan mereka bermula lebih awal, iaitu watak sebagai Ben di ‘Friends.

“Apabila anda seorang pelakon kanak-kanak, anda masih di bawah umur, dan banyak keputusan perniagaan yang lebih besar mengawal karier anda di luar agensi anda.”- Cole Sprouse

Raven Symone

Dalam The View, Raven Symone bercakap mengenai beliau berat badannya pernah dikritik sewaktu di set penggambaran.

“Ianya sangat sukar. Saya masih ingat tidak dapat menikmati bagel atau apa-apa sahaja. Dan saya ingat orang akan seperti, ‘Anda tidak boleh makanlah! Anda semakin gemuk!’, Saya seperti, ‘saya berusia 7 tahun!Saya lapar!”- Raven Symone

Aktres yang membintang That’s So Raven di saluran Disney pada tahun 2003 sehingga tahun 2007 ini memberitahu People Magazine pada tahun 2017 bahawa masa itu telah berubah semenjak beliau menjadi bintang kanak-kanak, dan orang lebih menerimanya.

Daniel Radcliffe

Dalam rancangan The Off-Camera, Daniel Radcliffe bahawa beliau menggunakan alkohol untuk mengelakkan diri dikenali dan merasa ditonton di khalayak ramai sewaktu francais filem Harry Potter hampir berakhir.

“Dalam kes saya, cara paling cepat untuk melupakan hakikat bahawa anda sedang diperhatikan adalah berada dalam keadaan mabuk. Kemudian anda akan menyedari bahawa ‘Oh. orang lebih ramai memerhatikan sekarang kerana saya sangat mabuk, jadi saya mungkin harus minum lagi untuk mengabaikannya.”- Daniel Radcliffe

Aktor yang membintangi filem Harry Potter ini menyatakan bahawa beliau mengambil masa beberapa tahun dan memerlukan beberapa usaha untuk mengekang tabiat minumnya.

Miley Cyrus

Muzik Miley Cyrus berubah menjadi matang dengan albumnya pada tahun 2013 ‘Bangersz’ dan persembahannya yang penuh dengan twerk di MTV Video Music Awards pada tahun yang sama.

“Orang ramai terkejut dengan beberapa perkara yang saya lakukan. Ia pasti lebih mengejutkan bahawa sewaktu saya berumur 11 atau 12 tahun, saya memakai alat solek dan rambut palsu, dan memberitahu apa untuk dipakai oleh sekumpulan lelaki yang kebanyakannya lebih tua.”- Miley Cyrus

Miley Cyrus pernah membintangi sitkom Hannah Montana yang menjadi kegemaran ramai pada tahun 2006 sehingga tahun 2011.

Hilary Duff

Hilary Duff membintangi siri komedi Disney Lizzie McGuire dari tahun 2001 sehingga tahun 2004 ini menyatakan bahawa beliau bergelut dengan makanan sewaktu beliau masih remaja.

“Saya bergelut dengan makanan ketika berumur 18 atau 19 tahun. Dan ingin menyesuaikan ‘imej’ gadis yang bukan diri saya. Tetapi ianya sudah lama. Jujurnya saya merasa seperti saya bergelut lima hingga sepuluh paun seperti wanita di luar sana.”- Hilary Duff

Apa komen anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/aqrs3
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem