Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Waran Tangkap! 122 Penguatkuasa JAIS Cari Nur Sajat

by Khai Azfar
February 26, 2021
Share on Facebook

Susulan daripada isu waran tangkap terhadap usahawan selebriti sensasi, Nur Sajat, difahamkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah pun mengarahkan anggota dan pegawai penguatkuasanya untuk mencari dan menangkapnya.

122 Anggota Terlibat

Memetik laporan MalaysiaGazette, seramai 122 anggota terlibat dalam operasi ini selepas pihaknya mendapat waran tangkap daripada Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada petang Rabu seperti dinyatakan oleh pengarahnya,Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

“JAIS mendapat waran tangkap ke atas Sajjad petang semalam, jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita untuk mencari Sajjad di seluruh Selangor,” kata Mohd Shahzihan seperti dilaporkan portal tersebut

Sajat Punyai Alasan 

Sebagai info, waran tersebut dikeluarkan selepas Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman,36 atas tuduhan berpakaian seperti wanita dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat tiga tahun lalu. Bagaimanapun, menurut Sajat kepada sebuah portal mendakwa dia mempunyai alasan yang kukuh tidak dapat hadir ke mahkamah pada 23 Februari lalu. Jelas pelantun Makhluk Penggoda ini, dia tidak dapat pada saat akhir berikutan mempunyai masalah kesihatan selain turut mendakwa mempunyai pengesahan bertulis daripada doktor.

Pertuduhan terhadap Sajat dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Error happened.
https://lomp.at/0aubu
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara