Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Baru Tahu! OST Takdir Yang Tertulis Sebenarnya Nyanyian Here Comes July

by Khai Azfar
February 26, 2021
Share on Facebook

Meskipun drama yang mencetuskan fenomena, Takdir Yang Tertulis (TYT) telah melabuhkan tirainya baru-baru ini, namun rata-rata peminat masih hangat memperkatakannya.

Runut Bunyi Dari Here Comes July

Ini termasuklah carian mengenai lagu-lagu yang dimainkan sebagai runut bunyi bagi drama itu. Tidak ramai yang tahu bahawa lagu berjudul Juwita dalam drama itu sebenarnya merupakan nyanyian kugiran yang semakin meningkat naik, Here Comes July (HCJ).

Berkongsi mengenainya, mereka tidak nafikan sangat berbesar-hati apabila Juwita turut dipilih sebagai sebahagian daripada drama terbabit.

“Paling kami berharap adalah semoga melodi lagu ini dapat menemani penonton-penonton setia drama Takdir yang tertulis. Biarlah melodi ini pantas melekat dan menjadi siulan sepnanjang masa oleh penonton setia di luar sana. Tidak ketinggalan, semoga ia menjadi titik penting pengenalan kepada kreativiti Here Comes July,” kata vokalis HCJ, Wan Lukman

Dianggotai Wan Lukman sebagai vokalis, Arfan Zainuddin (gitar utama), Adam Hariz (gitar ritma), Haziq Hashim (pemain bass), dan Irfan Ismail (dram) difahamkan Juwita yang ditulis oleh HCJ sendiri dan disusun oleh Taja.

“Idea untuk lagu Juwita ini tercetus lebih kurang setahun yang lalu. Juwita dalam takrifan kami adalah perwakilan terhadap seluruh wanita yang wujud dalam hidup kita. Tidak kiralah ibu kita, teman wanita, kakak, sesiapa sahaja yang digelar wanita, dialah Juwita. Juwita yang tak pernah berkira, tak pernah penat, tak pernah beri alasan,” kongsinya

Tuju Buat Frontliners

View this post on Instagram

A post shared by Here Comes July (@herecomesjuly_)

Menariknya mengenai lagu ini, bukan sahaja berkisarkan mengenai kehebatan sang insan bergelar wanita malah mereka turut tujukan khas lagu ini buat pejuang barisan hadapan wanita yang tidak pernah berputus asa menyelamatkan ramai nyawa dalam menangani COVID-19.

“Juwita sentiasa bersama kita dalam menyinari hidup kita seharian. Kehebatan Juwita ini, tiada siapa boleh nafikan. Selain ditujukan buat seluruh wanita secara amnya, lagu ini didedikasi khas buat barisan hadapan wanita kita. Mereka tidak henti bekerja keras demi negara namun pada masa sama masih bertugas tanpa putus asa untuk keluarga,” katanya lagi.

Sekadar info, HCJ mula aktif sejak 2013 dan memperjuangkan muzik Indie. Pada 2019, mereka pernah membuat persembahan di Rantai Art Festival, Naib Johan Music’s Friends From Far Away Places, Unity Festival Malaysia, Push to Play Vol. 28, Merdekaraya Open Mic, LiveInIntun, Euphonious 2018, dan Cyber Fest.

‘Juwita’ boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Here Comes July
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  2. 2

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  3. 3

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  4. 4

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara