Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nur Sajat Hilang, Akaun Instagram Turut Dipadam Selepas Dicari JAIS

by Khai Azfar
March 1, 2021
Share on Facebook

Usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman dilaporkan telah menghilangkan diri selepas kediaman mewahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sajat Bersembunyi? 

Memetik laporan Harian Metro, pihak JAIS telah memeriksa rumah Sajat atau atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman pada jam 9 malam Sabtu namun gagal menemuinya sebaik waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu.

Difahamkan, ketika serbuan dilakukan hanya ahli keluarga dan pembantu rumahnya berada di rumah berkenaan malah mereka turut mendakwa Sajat sudah tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di sebuah lokasi bagi mengelak dikesan JAIS.

“Anggota penguat kuasa menjalankan risikan sejak beberapa hari lalu sebelum melakukan serbuan. Hasil pemeriksaan di setiap ruang di rumah berkenaan gagal menemuinya.

“Anggota penguatkuasa kini berusaha menjejaki Sajat dan tidak menolak kemungkinan dia masih berada di kawasan Lembah Klang,” kata wakil pihak JAIS kepada sumber tersebut

Susulan itu JAIS telah membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima laporan mengenai serbuan itu.

Sajat Padam Instagram 

Menerusi carian Murai.my, akaun pelantun Makhluk Penggoda itu yang didaftarkan atas nama @nursajat23 turut gagal ditemui dipercayai telah dipadam selepas dia dikatakan memerli pihak berkuasa yang masih belum menahannya.

Topik Berkaitan Sajat Kongsi Momen Buat Pembedahan Hidung, Undang Teguran Netizen!

Terdahulu, Sajat dikenakan waran tangkap tanpa jaminan selepas gagal hadir ke mahkamah pada sebutan semula kesnya, yang didakwa berpakaian wanita ketika majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam. Bagaimanapun, Sajat mengaku tidak bersalah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nur sajatWaran Tangkap Nur Sajat
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara