Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Selepas 9 Tahun Jadi Duta, Saharul Ridzwan Akhirnya Ada Produk Sendiri

by Zaidin Albert
March 1, 2021
131
KONGSIAN
Share on Facebook

Seorang demi seorang artis tempatan mula beralih kepada bidang perniagaan. Bukan bermakna industri hiburan negara berada di ambang kejatuhan, namun fenomena ini berlaku kerana artis kita semakin mendapat kesedaran tentang kepentingan mempunyai dua tiga cabang pendapatan di samping berlakon dan menyanyi.

Sama seperti pelakon, Saharul Ridzwan yang kini memiliki perniagaannya sendiri iaitu Ode Scents, wangian aromatic yang sesuai untuk kediaman dan kereta. Pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Telenovela 2015 ini akui sangat gementar apabila mewakili produk sendiri selepas 9 tahun menjadi duta produk orang lain.

“Gementar bila mewakili produk sendiri ni lain macam betul. Buat pertama kali nya selepas 9 tahun jadi duta orang lain semua dan akhirnya pada hari ini. Alhamdulillah”-

Ketika sidang media, selepas pelancaran secara dalam talian, Saharul mengakui sebelum ini dia pernah mencuba beberapa jenis perniagaan namun sering berdepan dengan pelbagai ujian. Malah dia pernah mengalami kerugian besar, namun tidak sesekali dia berputus asa dan patah semangat.

Menurut Saharul, dia mengidolakan usahawan,  Shuib Sepahtu dan Datuk Rosyam Noor untuk untuk beliau membuka sebuah perniagaan yang berjaya.

Saharul Ridzwan dan Nadzir Samsuddin

Perniagaan kali ini dijalankan dengan bimbingan rakan kongsinya iaitu Nadzir Samsuddin yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan haruman. Produk wangian Ode Scents ini dikeluarkan oleh syarikat Pack Houz Sdn. Bhd. dengan lima jenis wangian serta dijual dengan harga RM15 sebotol.

  1. Island Escape
    Wangian Island Escape dihasilkan daripada asas gourmand dengan Kombinasi bau citrus, floral & fruity yang memberikan suasana riang yg mendamaikan
  2. Perfect Peony
    Wangian Perfect Peony dihasilkan daripada asas woody dengan Kombinasi bau peony, orange & ozone yang membangkitkan mood selesa
  3. English Fresia
    Wangian English Fresia dihasilkan daripada asas musky & ambery dengan Kombinasi bau pear, orange bergamot & lemon yang membangkitkan susana indah & mewah
  4. Summer Dream
    Wangian Summer Dream dihasilkan daripada asas tropical, citrus & woody dengan Kombinasi bau bergamot, lemon & cassis yang membangkitkan semangat
  5. Wild Fig
    Wangian Wild Fig dihasilkan daripada asas Berry manis & heavy musky dengan kombinasi cranberry, apple & fig yang memberikan ketenangan jiwa.

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, mudah saja! Anda hanya perlu klik di sini, untuk pembelian.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/tnwxt
Share52Tweet33SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem