Bangga! 5 Orang Malaysia Yang Terkenal Di Persada Hollywood

Mesti Baca

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa industri seni dan hiburan tanahair dilihat memiliki ramai artis yang berbakat besar dan sangat popular bukan sahaja di Malaysia tetapi mereka juga sangat dikenali di Hollywood. Hebat bukan? Mereka berjaya mencipta nama yang besar di sana. Kami akan senaraikan siapakah artis yang berjaya mencipta nama di Hollywood yang dapat kami kumpulkan dari berbagai sumber. Jom kita tengok!

Rendra Zawawi (Komposer)

via IG

Membina kerjaya di Hollywood amat sukar. Namun, Rendra Zawawi yang merupakan seorang komposer, penulis lagu, produser telah berjaya membuktikan bahawa tiada perkara yang mustahil untuk dilakukan.

Nama Rendra Zawawi mungkin jarang disebut di media massa tempatan. Namun, komposer muda ini sebenarnya telah pun membawa bakat dan seni muziknya ke persada antarabangsa. Antara beberapa karya yang telah disumbangkannya adalah seperti American Horror Story, Scream Queens, American Crime Story, Mr.Robot, 9-1-1 dan banyak lagi.

Yuna

via cleveland scene

Yunalis Binti Mat Zara’ai atau lebih dikenali dengan nama Yuna adalah seorang penyanyi dan penulis lagu yang berasal dari Alor Star, Kedah yang dilahirkan pada 14 November 1986. Dia juga adalah seorang penyanyi terkenal antarabangsa yang berjaya mencipta nama di Hollywood.

Yuna memulakan kariernya pada usia 14 tahun lagi dan pada awal 2011 dia telah menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat pengurusan Indie-Pop selepas dia memperdengarkan muziknya di laman MySpace dan berjaya menjaringkan jutaan putaran.

Sepanjang kerjaya muziknya, Yuna telah bekerjasama dengan ramai artis terkenal tempatan dan antarabangsa seperti Usher, Jhene Aiko, G-Easy, Tyler, the Creator, Owl City, Jay Park, Sona One, Aizat Amdan dan ramai lagi.

Michelle Yeoh

via IG

Tan Sri Michelle Yeoh adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi peminat dunia seni tempatan dan antarabangsa. Michelle Yeoh merupakan seorang pelakon kelahiran Ipoh, Perak yang dilahirkan pada 6 Ogos 1962 dan beliau merupakan antara artis yang berjaya menapak di pentas Hollywood. Beliau yang merupakan bekas ratu cantik memulakan kerjaya sebagai pelakon di Hong Kong menerusi filem aksi dimana beliau sendiri yang melakukan aksi-aksi yang dilakonkannya.

Beliau telah banyak membintangi filem-filem terkenal seperti Avatar 2, Mechanic: Resurrection, James Bond: Tomorrow Never Dies, Guardian of Galaxy Vol.2, Star Trex: Discovery, The Mummy: Tomb of A Dragon Emperor dan banyak lagi.

James Wan 

via IG

James Wan dilahirkan pada 26 Februari 1977 di Kuching, Sarawak yang telah berhijrah ke Australia ini adalah merupakan seorang pengarah filem seram, penulis skrip dan juga penerbit. James Wan adalah antara nama-nama besar yang berjaya membina kerjaya di Hollywood. Dia mula membina kerjaya sebagai pengarah pada tahun 2004 dan antara  filem-filem arahannya adalah Saw, Aquaman, The Conjuring, Insidious, Furious 7 dan banyak lagi.

Henry Golding

via Fandom

Henry Ewan Golding atau lebih dikenali sebagai Henry Golding adalah anak kelahiran Malaysia-British yang dilahirkan pada 5 Februari 1987 di Betong, Sarawak. Henry merupakan seorang pelakon, model dan juga pengacara yang sukses di Hollywood dan dia pernah mengacarakan BBC’s The Travel Show sejak tahun 2014. Dia juga terkenal dengan karya filemnya seperti Crazy Rich Asian sebagai Nick Young, Last Christmas, The Gentleman, Snake Eyes: G.I.Joe dan banyak lagi.

 

Terkini

Pakar Bedah Plastik Dedah Punca Jennie Blackpink Terkenal Dalam Kalangan Pesakit

Jennie Blackpink adalah salah satu bintang Kpop yang popular di klinik kecantikan Korea Selatan. Menurut Intep Seleb, perkara ini...

Artikel Berkaitan