Ingin Keluar Agama, Diburu JAIS & Polis, Ini Kronologi Kes Nur Sajat!

Berikut Murai.my tampilkan kronologi mengenai kes Sajat sehingga usaha tangkapannya yang dipetik daripada pelbagai sumber.

Mesti Baca

Kontroversi mengenai usahawan sensasi Nur Sajat terus hangat diperkatakan. Malah sehingga artikel ini ditulis, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman masih tidak ditemui dipercayai bersembunyi di sebuah lokasi selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

Kronologi Kes Nur Sajat

Sejak isu mengenai Sajat berpakaian seperti wanita sekitar 2018, pelbagai kontroversi terus dikaitkan dengan usahawan kosmetik ini termasuklah mengenai sebuah hantaran terbaharu nya yang mendakwa ingin keluar dari agama Islam. Berikut Murai.my tampilkan kronologi mengenai kes Sajat sehingga usaha tangkapannya yang dipetik daripada pelbagai sumber.

28 Februari 2018 – Berpakaian Seperti Wanita

Pada ulangtahun kelahirannya, 23 Februari 2018 Sajat telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat sekitar 7.30 malam di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion yang ketika itu bertempat di Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam. Dalam majlis itu, Sajat turut menjemput pelajar-pelajar tahfiz untuk bacaan tersebut.

Kerana majlis itu, Sajat dikecam ramai pihak kerana menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita. Perbuatan itudidakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

11 Januari 2021- Dakwa Dikasari JAIS

Pada 11 Januari 2021, Sajat telah mengaktifkan semula akaun Instagram nya selepas menyahaktifkan seketika. Lebih mengejutkan, Sajat turut memuat naik hantaran terbaru beserta sebuah video rakaman yang mendakwa dia telah dianayai oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut Sajat, dia telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada JAIS selepas dia mendapat surat perintah untuk memberikan kerjasama bagi membantu siasatan di bawah Enakmen Jenayah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 pada 6 Januari lalu. Bagaimananpun, dedah pelantun Makhluk Penggoda ini dia telah dikasari setelah cuba menghalang dirinya daripada digari oleh pihak JAIS.

Difahamkan, di dalam video tersebut pihak JAIS telah memberitahu Sajat bahawa dia telah ditahan atas dakwaan tersebut. Terkejut dengan perintah itu, Sajat berkeras untuk berjumpa dengan ibu bapanya di luar bilik siasatan namun dihalang oleh kakitangan yang bertugas kerana mereka memberitahu akan membawa masuk ahli keluarganya itu . Sajat yang merakam secara tersembunyi segala perbincangan tersebut, turut bertengkar dengan pihak JAIS sebelum menunjukkan kesan luka dan lebam dipercayai disebabkan pergelutan tersebut.

23 Februari 2021 – Tidak Hadir Ke Mahkamah

Media melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat berikutan dia dikatakan gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu. Difahamkan, waran tangkap tersebut telah dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii selepas usahawan itu tidak kelihatan sehingga tamat prosiding yang dijadualkan pada jam 9 pagi untuk sebutan semula kes.

Menurut sumber, peguam, Zuri Zabuddin Budiman berkata, Nur Sajat tidak hadir di mahkamah pada Selasa, namun pelantun Makhluk Penggoda itu diwajibkan untuk menghadiri prosiding pada tarikh baharu itu kelak. Disebabkan itu, prosiding kes ditangguh ke 1 Jun depan untuk sebutan semula kes.

24 Februari 2021 – Dakwa Mempunyai Masalah Kesihatan

Memetik laporan Utusan Malaysia, Sajat mendakwa dia mempunyai alasan yang kukuh tidak dapat hadir ke mahkamah pada 23 Februari lalu. Jelasnya, dia tidak dapat pada saat akhir berikutan mempunyai masalah kesihatan selain turut mendakwa mempunyai pengesahan bertulis daripada doktor.

“SAYA TAK SIHAT, MUKA DAN ANGGOTA BADAN SAYA TIBA-TIBA MENJADI BENGKAK AKIBAT ALAHAN MAKANAN. SURAT PENGESAHAN DOKTOR PUN SAYA ADA KALAU TIDAK PERCAYA,” KATANYA SEPERTI DIPETIK UTUSAN MALAYSIA.

26 Februari 2021 – Sajat Kecewa, Mahu Keluar Agama Islam

Sebelum menyahaktifkan semula akaun Instagram nya, Sajat memuatnaik video luahan hatinya atas apa yang berlaku. Lebih mengejutkan dalam video tersebut dia dikatakan kononnya ingin keluar dari agama Islam. Seperti yang disalin oleh Harian Metro, berikut adalah intipati kenyataan usahawan ini.

“Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk.

“Lepas JAIS keluarkan statement (kenyataan) itu, saya dah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah taknak menjadi orang Islam (sambil menggelengkan kepalanya dalam klip video itu).

“Saya keluar daripada agama Islam. Itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul.

“Mereka yang buat saya jadi saya nak keluar daripada Islam. Saya tak main-main, saya cakap betul.

“Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam…dengan benda yang macam ini, dorang (mereka) buat saya, mungkin dorang (mereka) ingat dorang (mereka) boleh bagi iktibar…bukan.

“Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat.

“Rupa-rupanya…tak tahulah,” katanya.

27 Febuari 2021- Sajat Padam Instagram, Hilangkan Diri

Sajat dilaporkan telah menghilangkan diri selepas kediaman mewahnya di Kota Damansara, Petaling Jaya diserbu oleh pihak JAIS. Memetik laporan media, pihak JAIS telah memeriksa rumah Sajat pada jam 9 malam Sabtu namun gagal menemuinya sebaik waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu.

Difahamkan, ketika serbuan dilakukan hanya ahli keluarga dan pembantu rumahnya berada di rumah berkenaan malah mereka turut mendakwa Sajat sudah tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu dipercayai melarikan diri dan bersembunyi di sebuah lokasi bagi mengelak dikesan JAIS.

Terkini

Rahsia Kecantikan Kulit Glowing Pelakon Bollywood – Kareena Kapoor

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya...

Artikel Berkaitan