Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Wow! Todak Music & Warner Music Cipta Sejarah Baharu Industri Muzik

by Khai Azfar
March 3, 2021
Share on Facebook

Jenama Todak Music dan Warner Music dalam industri muzik tidak perlu diperkenalkan lagi. Manakan tidak, kedua-duanya telah membantu ramai penyanyi dalam mempromosikan lagu-lagu yang dikeluarkan oleh mereka.

Jalin Kerjasama 

Terbaru, Todak Music dan Warner Music telah melakar dua sejarah penting. Kejayaan pertama dilakar menerusi penganjuran majlis menandatangani memorandum persefahaman secara atas talian atau virtual(maya) yang mengetengahkan format hibrid baharu.

Penganjuran majlis menandatangani memorandum persefahaman dan sidang media secara atas talian itu adalah sejajar dengan gaya hidup norma baharu di dalam memutuskan rantaian COVID-19 yang telah merencatkan kebanyakkan sektor termasuk pengurusan acara.

Kejayaan kedua adalah kolaborasi yang dijalinkan bersama Warner Music Malaysia di dalam pengedaran lagu ke semua platform penstriman. Kerjasama ini dijangka dapat membantu dalam mempromosikan lagu yang dikeluarkan dengan lebih efektif serta meluas.

“Program ini diadakan bagi mengumumkan secara rasminya kerjasama di antara dua buah syarikat yang telah terjalin sejak tahun lalu. Kerjasama ini membabitkan promosi, produk dan juga kutipan royalti bagi artis naungan Todak Music.

“Ini juga bakal menjadi penanda aras untuk kami melahirkan produk yang terbaik. Malah kami juga amat berbangga apabila menerima Anugerah Made For The World 2020 bagi kategori Music Publishing oleh Niaga Times baru-baru ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Todak Music,Ikmal Fareeq

Kembalikan Era Kegemilangan

Sementara itu, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy pula, pihaknya berbesar hati apabila dapat bekerjasama dengan Todak Music dan berharap agar kerjasama yang baik ini dapat mengembalikan kegemilangan industri muzik Malaysia.

“Usaha yang dilakukan Warner Music dan Todak ini, adalah sebahagian inisiatif menyelamatkan industri muzik di Malaysia, sekali gus memastikan ia terus berkembang pesat.

“Fokus kami antaranya untuk mencungkil bakat-bakat baharu lengkap kualiti dan pakej yang baik, untuk diketengahkan ke persada muzik antarabangsa,” katanya kepada media

Sekadar info, Todak Music yang ditubuhkan pada tahun 2019 beroperasi sebagai sebuah syarikat rakaman, studio tarian, muzik dan pengurusan bakat.

Antara artis yang bernaung di bawah Todak Music ialah Shiha Zikir, Fadh Majid, Razak A’ai dan Dina Nas.

Error happened.
Todak Musicwarner music
https://lomp.at/kdkoj
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara