Meghan Markle memakai perhiasan istimewa sewaktu wawancara beliau yang bakal datang dengan Oprah Winsfrey.
Memakai Gelang Berlian Mendiang Puteri Diana

Sewaktu preview wawancara Meghan dan Putera Harry bersama Oprah Winsfrey, yang bakal disiarkan pada 7 Mac ini di CBS, Duchess of Sussex ini dilihat memakai gelang milik ibu Putera Harry , mendiang Puteri Diana, gelang yang sama digunakan untuk menghasilkan cincin pertunangan Meghan.
Menurut People, sewaktu menghasilkan cincin pertunangan, Putera Harry mengambil dua batu dari gelang mendiang ibunya untuk dimasukkan ke dalam cincin tiga batu Meghan.
Mahu Puteri Diana Turut Bersama Sewaktu Wawancara
Walaupun Sussexes telah mengundurkan diri dari peranan diraja mereka, jelas bahawa hubungan mereka dengan Puteri Wales masih bersama. Meghan Markle dilihat memakai gelang mendiang Puteri Diana kerana mereka mahu Puteri Diana turut bersama mereka sewaktu wawancara bersama Oprah Winsfrey.
“Jelas bahawa tidak dapat bertemu dengan ibunya, sangat penting bagi saya mengetahui bahawa beliau adalah sebahagian dengan kami.”- Meghan Markle
Sebelum kematian Puteri Diana pada tahun 1997, Puteri Diana dilihat memakai gelang berlian yang sama berulang kali, dan ini bukan kali pertama duchess memberi penghormatan dengan memakai perhiasan mediang Puteri Diana. Meghan pernah memakai gelang tersebut sewaktu menghadiri majlis makan malam bersama presiden Fiji pada tahun 2018.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.