Meghan Markle dituduh telah membuli beberapa kakitangan istana sewaktu beliau masih sebagai working royal di Istana Kensington. Isteri kepada Putera Harry dilaporkan telah memecat kakitangan dan membuatkan mereka tidak berhenti menangis dan gementar. Benarkah tuduhan yang dilemparkan terhadap Meghan Markle ini? Stay tune guys!
Dituduh Membuli Kakitangan Istana
Dipetik dari The Times, tuduhan ini telah difailkan oleh Jason Knauf, yang merupakan setiausaha komunikasi kepada Meghan Markle dan Putera Harry ketika itu. Jason mahu melindungi kakitangan yang mendapat tekanan daripada pasangan itu.
Sumber yang sama turut menyatakan bahawa Putera Harry telah meminta Jason Knauf untuk menutup mulutnya dan tidak meneruskan tuduhan buli terhadap Meghan Markle.
Pembantu Peribadi Menangis Dan Gementar Kerana Meghan Markle
Sumber lain turut menyatakan bahawa Meghan Markle telah membuatkan pembantu peribadinya menangis disebabkan rasa takut terhadap Meghan Markle sewaktu Meghan masih tinggal di istana Kensington. Bukan itu sahaja, kakitangan istana turut mendakwa bahawa mereka telah “dihina” oleh Meghan Markle.
Meghan Markle Sedih Dengan Tuduhan Buli Yang Dilemparkan Padanya
Jurucakap Meghan Markle dan Putera Harry menyatakan bahawa kedua-duanya dengan tegas menafikan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka.
“Duchess rasa sedih dengan tuduhan terkini yang dilemparkan padanya, terutamanya sebagai seorang yang menjadi sasaran buli dan sangat komited menyokong mereka yang mengalami kesakitan dan trauma. “- Jurucakap
Mengesyaki Sesuatu Yang Mencurigakan
Meghan Markle dan Putera Harry juga mengesyaki bahawa terdapat sesuatu yang mencurigakan terhadap tuduhan buli yang dilemparkan kepada mereka. Hal ini kerana kedua-duanya dijadualkan menghadiri wawancara bersama Oprah Winsfrey yang bakal ditayangkan pada 7 Mac 2021 ini.
Adakah terdapat pihak yang dengki kepada Meghan Markle dan Putera Harry?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.