Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Akui Lebih Penat, Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Hamil Bayi Lelaki

by Khai Azfar
March 4, 2021
75
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi tersohor dan kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman kehamilan keduanya ketika ini yang akui lebih mencabar berbanding dahulu.

Lebih Banyak Simptom Ibu Hamil

Menurut Siti, kehamilan kali ini mempunyai lebih banyak simptom ibu hamil seperti lebih penat dan tidak boleh memakan makanan yang pedas biarpun merupakan peminat citarasa seperti itu. Dedah Siti lagi, perbezaan fizikal kehamilan bayi lelakinya ini juga jelas kelihatan.

“Saya tidaklah mengidam macam-macam cuma agak sedihlah sedikit sebab saya memang peminat makanan pedas. Saya akan mengalami ‘heart burn’ yang teruk sekiranya makan makanan pedas jadi terpaksa elak”

“Hamil anak lelaki ni saya lebih penat dan banyak simptom ibu hamil saya lebih terasa. Perut saya juga lebih besar dan berat naik agak banyak berbanding hamilkan Aafiyah dahulu,” kata Siti yang dijangka bersalin pada April ini

Bekerjasama Lagi Dengan Vantage 

Siti ditemui Murai.my secara maya ketika sidang media alam maya Vantage Siti Series 2021 bersama GoShop. Sebagai info, Siti sekali lagi bekerjasama dengan Vantage dan kali ini telah memperkenalkan produk eksklusif ‘Vantage Siti Series 2021’ menawarkan set peralatan memasak, set pinggan mangkuk, kuali bersaiz jumbo dan alat mesin penggorengan udara atau ‘air fryer’ beserta periuk bertekanan tinggi 2 dalam 1 yang pertama di Malaysia.

Kesemua produk di dalam siri eksklusif ini akan memperlihatkan tandatangan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza di permukaan luarnya dan boleh dapatkan di semua platform Go Shop. Sebuah rancangan khas, Istana Impian Siti yang menampilkan dirinya akan turut disiarkan pada 7 Mac 2021 di saluran 118 Ruuma.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] "Anta Permana" Siti Nurhaliza Tersenarai Dalam Playlist Peribadi Raja Charles III
siti nurhalizaSiti Nurhaliza Hamil Anak Kedua
https://lomp.at/v9d43
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem