Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Pelik-Pelik! Lihat 5 ‘Fans’ Yang Buat Pembedahan Untuk Kelihatan Seperti Selebriti Pujaan Mereka

by Aphit J.
March 10, 2021
340
KONGSIAN
Share on Facebook

Pembedahan plastik sebenarnya dianggap biasa di negara lain, seperti di Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Bukan hanya untuk mendapatkan wajah atau bentuk badan yang lebih baik, ada sesetengah yang menjalani pembedahan plastik untuk memiliki penampilan yang serupa dengan idola.

Menurut Cheat Sheet, berikut merupakan 5 fans yang melakukan pembedahan plastik supaya kelihatan sama seperti selebriti pujaan mereka.

Bryan Ray Menjadi Britney Spears

via Cheat Sheet

Bryan Ray yang berusia 31 tahun dari Los Angeles telah menghabiskan lebih dari USD 80,000 untuk 90 pembedahan kosmetik agar kelihatan seperti Britney.

Pembedahan ini termasuk rawatan botox, suntikan lemak, hidung, bibir dan rambut. Bryan pernah mengunjungi setiap tempat yang dilawati Britney dan melakukan koreografi tariannya di kelab malam.

Oli London Menjadi Jimin BTS

via PopBela

Pasti ramai mengimpikan dan mengidolakan wajah seperti Jimin yang merupakan salah seorang anggota BTS.

Menurut Cheat Sheet, di London, Oli London menghabiskan beribu untuk melakukan pembedahan plastik supaya penampilannya mirip seperti artis idolanya.

Herbert Chavez Menjadi Superman

via News US

Herbert Chavez telah menjalani 23 pembedahan selama 18 tahun untuk kelihatan seperti Superman. Dia melakukan pembedahan hidung, pemutihan kulit, membuang lemak dan penyesuaian rahang.

Doktor juga pernah menolak permintaannya untuk melakukan pembedahan di perut kerana sebelum itu dia pernah melakukannya sendiri dengan menyuntik menggunakan bahan beracun dan terlarang.

Mikki Jay Menjadi Michael Jackson

via Pinterest

Mikki Jay, ibu kepada tiga orang ini anak telah menghabiskan lebih dari USD 13,000 untuk kelihatan seperti bintang Micheal Jackson.

Menurut Cheat Sheet, pembedahannya termasuk hidung, dagu dan pipi untuk menjadikan wajahnya mirip idola itu.

Toby Sheldon Menjadi Justin Bieber

via Cheat Sheet

Toby Sheldon menjalani pembedahan khas seperti sedut lemak, bibir dan suntikan lemak. Dia juga melakukan sekurang-kurangnya enam pemindahan rambut semata mata untuk menyerupai Justin Bieber.

Secara keseluruhan, pembedahannya bernilai USD 100,000. Pada tahun 2013, Toby memberitahu hanya kematian yang akan menghentikannya daripada melakukan pembedahan dan dia meninggal pada tahun 2015.

Ini jelas menunjukkan bahawa golongan ‘fans’ sangat fanatik dan obses dengan artis kegemaran mereka sehinggakan sanggup menghabiskan beratus ribu supaya kelihatan seperti idolanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
artis hollywoodartis pembedahan plastikpeminat melakukan pembedahan plastikpermbedahan plastik mirip artis
https://lomp.at/sz2ga
Share136Tweet85SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem