Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

5 Selebriti Hollywood Ini Kongsi Kisah Mereka Hadapi Sexism

by Naddy Joe
March 6, 2021
128
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu sexism , prejudis atau diskriminasi jantina bukan sahaja berlaku terhadap wanita biasa, malah selebriti wanita juga turut mengahadapi isu sexism. Dari disuruh untuk menjalani pembedahan plastik sehinggalah diberi tekanan untuk berbogel untuk muka depan majalah, beberapa selebriti Hollywood ini telah menghadapi rintangan yang mencabar sewaktu membina karier mereka. Berikut adalah beberapa selebriti wanita yang berkongsi pengalaman mereka dengan sexism di Hollywood. Stay tune guys!

Zoe Saldana

Aktres filem ‘Avatar’ bercakap mengenai rasism dan sexism dalam industri hiburan sewaktu wawancara beliau bersama Time pada Januari 2017. Zoe Saldana , yang membesar bersama ibunya dari Puerto Rico dan bapanya Dominican, dikatakan bahawa beliau “terlalu gelap atau terlalu cerah” untuk peranannya di Hollywood.

“Saya pernah kecewa dahulu. Rasism sering digunakan sebagai alatan plot. Kadangkala ia terpersona. Saya merasa kesepian di set penggambaran. Hanya beberapa orang kru wanita sahaja. Anda sukar untuk bekerja dengan pengarah wanita. Beberapa produser wanita cuba untuk sebati dengan rakan sekerja lelaki dan tidak akan tahan dengan mereka. Dan anda juga menerima gaji sebagai wanita. Saya terlalu bosan dengannya (sexism)”- Zoe Saldana

Gemma Chan

Aktres filem Crazy Rich Asians dan Captain Marvel ini memberitahu dalam wawancaranya bersama Telegraph bahawa sewaktu membuat keputusan untuk meninggalkan karier dalam bidang undang-undang dan meneruskan karier lakonan, beliau pernah ditolak dari audisi kerana mereka hanya “melihat orang berkulit putih”.

“Ia rasanya seperti bukan pilihan yang layak.”- Gemma Chan

Mila Kunis

Bintang ‘Black Swan ini menulis surat secara terbuka di Majalah A Plus pada tahun 2016 yang menyatakan bahawa beliau dihina, dipinggirkan, dibayar gaji yang sedikit berdasarkan jantina beliau. Mila Kunis turut menyatakan bahawa seorang produser pernah mengugutnya bahawa beliau tidak akan bekerja lagi jika tidak melakukan pose separuh bogel dalam majalah lelaki.

“Saya marah, saya merasa keberatan, dan untuk pertama kalinya saya berkata ‘tidak’, dan anda teka? Dunia ini tidak berakhir. Filem ini menghasilkan banyak wang dan saya masih bekerja lagi dan lagi. Sekiranya ini berlaku pada saya, ia berlaku lebih agresif terhadap wanita di mana-mana.”- Mila Kunis

Emma Watson

Dalam wawancara beliau bersama Guardian pada tahun 2015, Emma Watson membicarakan bagaimana industri ini dikuasai oleh lelaki.

“Saya pernah mengalami sexism kerana saya telah diarahkan oleh pengarah lelaki sebanyak 17 kali dan hanya dua kali oleh pengarah wanita. Bekerjasama dengan 13 produser lelaki dan hanya mempunyai seorang wanita. “

Aktres ini juga berperanan sebagai duta United Nations Women Goodwill atau PBB, yang menyertai kemanusiaan seluruh dunia. Peranannya, dengan jelas telah membuka matanya mengenai ketidaksamarata jantina dalam hiburan.

“Saya rasa kerja saya dengan PBB membuatkan saya lebih menyedari masalah ini. Saya keluar makan malam kerja baru-baru ini. Dikelilingi oleh 7 orang lelaki..dan saya.. “- Emma Watson

Elizabeth Banks

Sewaktu menerima anugerah di Film Los Angeles Crystal + Lucy Awards pada tahun 2017, beliau menjelaskan komen yang diterimanya sebagai wanita dalam industri hiburan. Pada awal kariernya, seorang ejen telah memintanya untuk menjalani pembedahan plastik untuk payudaranya.

“Ejen pertama yang pernah saya temui dalam industri ini memberitahu saya untuk mendapatkan boob job. Saya bersyukur kerana saya tidak mempunyai wang yang cukup ketika itu untuk mengikut nasihatnya. Saya juga tidak menandatangani kontrak dengannya.”- Elizabeth Banks

Apa komen anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/lgrav
Share51Tweet32SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem