Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Artis & Instafamous Selar Kes Youtuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal

by Khai Azfar
March 8, 2021
251
KONGSIAN
Share on Facebook

Insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal minggu lalu yang melibatkan Youtuber terkenal mendapat perhatian ramai termasuk di kalangan selebriti dan pengamal media sosial terkenal.

Serahkan Kepada Pihak Berkuasa 

Rata-rata daripada mereka seperti Aedy Ashraf, Harris Anuar dan Safwan Nazri menyelar insiden berkenaan dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan sisasatan.

Malah bagi pelakon Nazeera Sardi yang merupakan ibu saudara kepada mangsa yang dikenali sebagai Rahimie Affandie Roslan turut terkejut dengan berita tersebut dan berasa sedih diperlakukan sedemikian.

“Harini (semalam) kami satu family dikejutkan dengan berita anak buah Jern (Nazeera)yang jadi mangsa dalam pergaduhan yang viral ni.

“Akibat meleraikan pergaduhan yang berpunca ketika main futsal, dia dibelasah teruk oleh geng Youtuber terkenal sehingga mengalami kecederaan di muka dan dimasukkan ke hospital.

“12 lawan 1 guys. Panggil geng dari luar pula tu. Korang rasa macam mana tu. Selama ni banyak content Youtuber tu pasal yang indah-indah. Tapi ni bila dah bawak geng pukul orang sedih lah kan. Korang boleh swipe & tengok sendiri,”

“Takpelah Allah Maha Adil dan mengetahui. InsyaAllah. Doakan yang baik-baik untuk anak buah Jern ok. Be strong! @rahimieaffandie ,” tulisnya

View this post on Instagram

A post shared by JERN (@nazeerasardi)

Dalam perkembangan lain, menurut laporan Harian Metro seramai 12 individu termasuk YouTuber yang terbabit dalam pergaduhan tersebut sudah ditahan polis. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, semua individu itu ditahan kira-kira jam 1 pagi dalam dua serbuan di sekitar Lembah Klang.

“Seorang YouTuber yang terbabit dalam kejadian itu turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut”

“Polis akan memohon perintah reman esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial yang menunjukkan YouTuber bersama beberapa rakannya bertindak ganas dengan memukul seorang pemain futsal hingga cedera dalam satu pergaduhan di Gelanggang Futsal Ferro di Subang, pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira 10.20 malam itu, mangsa didakwa diserang oleh 25 orang termasuk YouTuber tersebut hingga mengalami kecederaan teruk di muka dan badan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Isa IsarbIsa Isarb bergaduh
https://lomp.at/drg0s
Share100Tweet63SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem