Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Bertuahnya! Fahizuan Amri Dipilih Jadi Perantis Pak Nil Selama 6 Bulan

by Phic ARMAN
March 8, 2021
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Mohamad Fahizuan Amri Abdul Aziz muncul juara pertandingan Jual Letop sekaligus menjadi perantis pertama Datuk Aznil Nawawi bagi pencarian bakat live streamer terbaik di Malaysia. Fahizuan, 35 membawa pulang wang tunai RM50,000 serta diberikan kelas pengacaraan Datuk Aznil Nawawi bernilai RM30,000 selama 6 bulan.

Naib juara disandang oleh Mohd Izdihar Md Ismail @ Izz Ismail yang membawa pulang wang tunai RM15,000, Lina Khalida Mohd Sabri@ Kalin di tempat ketiga (RM8,000), Adza Irdawati Adenan @ Adza di tempat ke-4 (RM5,000) dan duo Nurul Lydiana Muhamad Azni @ Adeq Yana dan Sharifudin Muda @ Dino di tempat ke-5 yang membawa pulang wang tunai RM3,000.


Top 5 Jual Letop bersama Ketua Kandungan & Perancangan Strategik hurr.tv, Jaye Lee (4 dari kiri)

Kesemua mereka juga bakal diketengahkan sebagai hos dalam program terbaharu, Jual Letop LIVE Mall di platform hurr.tv bermula 17 Mac 2021.

Program realiti dalam talian seumpamanya di negara ini berlangsung selama 14 minggu bermula pada 21 November 2020, menampilkan Datuk Aznil sebagai hos utama dan secara eksklusif peserta turut mendapat bimbingan beliau setiap minggu.

Bermula dengan 50 peserta dan kemuncaknya 14 peserta akhir, mereka ditugaskan untuk mempromosikan perkhidmatan, produk atau jenama tertentu sebagai tugasan dalam talian yang perlu diselesaikan secara langsung setiap minggu di akaun Facebook masing-masing. Datuk Aznil bersama tetamu jemputan akan membuat penilaian prestasi peserta berdasarkan jumlah tontonan, kreativiti, interaksi dan hasil jualan bagi tugasan diberikan.

Peringkat akhir Jual Letop yang dipersembahkan oleh MY E.G. Services Berhad disiarkan secara langsung pada 5 Mac 2021, di mana Datuk Aznil bersama tetamu jemputan, Ain Edruce melakukan penilaian bagi 14 peserta akhir.

Ain Edruce & Datuk Aznil Nawawi meneliti tugasan akhir peserta

“Saya amat berbangga dengan pencapaian setiap peserta di mana mereka berjaya menonjolkan keunikan, kreativiti dan daya saing yang amat tinggi sepanjang pertandingan ini berlangsung. Menjadi seorang live streamer adalah satu karier berpotensi besar sekiranya anda mempunyai pengetahuan dan kredibiliti. Tahniah diucapkan kepada juara dan pemenang yang lain. Saya berharap ilmu diperolehi sepanjang pertandingan ini akan diguna pakai setiap peserta untuk kebaikan di masa akan datang,” ulas Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil.

Anda boleh menonton kembali program Jual Letop di YouTube hurr.tv di sini

YouTube video

Saksikan tugasan menarik setiap peserta dan bagaimana Datuk Aznil membentuk mereka untuk tampil yakin dan hebat dalam pencarian bakat live streamer Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Mohamad Fahizuan Amri Abdul Aziz
https://lomp.at/oao1t
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem