Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[REVIEW] Mantan Isterimu Dari Haiza Mudah Pikat Pendengar Muda

by Khai Azfar
March 9, 2021
Share on Facebook

Bercakap mengenai Haiza, pasti akan teringatkan single hits nya suatu ketika dahulu,Dag Dig Dug yang acap kali menjadi siulan anak muda.

Lagu Baru Haiza ‘Catchy’!

Meskipun Haiza kini bergelar sebagai penyampai radio, namun karier awalnya tidak mudah dilupakan begitu sahaja. Terbaru, Haiza tampil dengan buah tangan terbaharunya berjudul ‘Mantan Isterimu’. Pertama kali penulis membaca pada judulnya, terus tergerak di dalam hati ia merupakan sebuah lagu balada atau barangkali masih mengekalkan genre dangdut yang sudah sebati pada figura ini.

Namun setelah leka mendengar Mantan Isterimu, tidak sedar bahawa jari ini sudah menekan fungsi ‘ulang’ hampir tiga kali! Benar, lagu ini sungguh ‘catchy’ sesuai dengan peredaran zaman yang rata-rata pendengar lebih gemar mendengar lagu-lagu yang tidak terlalu berat dan rancak.

Haiza ‘Lebih Muda’

Sebagai seorang pendengar yang berusia lewat 20-an dan mengikuti arus peredaran muzik kini, ada kalanya hampir terlupa bahawa Haiza sebenarnya bukanlah terdiri daripada penyanyi-penyanyi popular 90-an. Ini kerana lagu kali ini menjadikan Haiza ‘sezaman’ penyanyi-penyanyi seperti Siti Badriah, Ayda Jebat dan Baby Shima yang tidak terkecuali lagu mereka turut dikategorikan dalam genre ‘world music’ dan ‘fusion’.

Pujian harus diberikan buat penulis liriknya, Iman Imran dan Ajai selaku komposer yang berjaya menjadikan Mantan Isterimu sebagai dangdut era kini yang mudah diterima oleh pelbagai lapisan umur khususnya generasi muda. Percaya atau tidak, lagu ini pasti akan popular di aplikasi TikTok hanya sedikit masa lagi.

YouTube video

Error happened.
HaizaHaiza Mantan Isterimu
https://lomp.at/m6oat
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara