Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Cara Mudah Sertai Aktiviti Larian Dengan Aplikasi ‘District’, Boleh Menang Proton X50!

by Phic ARMAN
March 9, 2021
10
KONGSIAN
Share on Facebook

District Race Malaysia anjuran AIA Vitality kembali lagi dan bersiap sedia untuk memperkasa rakyat Malaysia melalui acara digital augmentasi realiti baharu dengan penyertaan percuma.

Edisi terbaharu District Race Malaysia yang  dilancarkan pada1 Mac 2021 menggalakkan orang ramai untuk menjalani kehidupan aktif dan sihat dalam norma baharu dengan menawarkan satu pengalaman menjelajah bandar yang menyeronokan melalui aplikasi District.

YouTube video

Tahun ini, District bersama penajanya AIA Vitality telah meluaskan penyertaan acara ini ke seluruh negara yang memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertainya dan menikmati keseronokannya bersama.

Versi baharu aplikasi District ini menawarkan para penggunanya dengan pelbagai pilihan penyertaan tanpa mengira tahap kecergasan mereka.

Cara paling mudah untuk bermula adalah dengan berjalan kaki, berjoging atau berlari ke lokasi titik semak maya berhampiran. Hanya buka aplikasi, tekan ‘Start’, dan jalan mengikut lokasi-lokasi GPS untuk meraih mata. Jelajahlah di sekitar kawasan kejiranan atau di taman berhampiran; titik semak berada di mana-mana sahaja.

Aktiviti-aktiviti ini boleh dijejaki melalui aplikasi District atau dengan menghubungkan peranti boleh pakai yang dilengkapi GPS, misalnya Garmin. Selepas dihubungkan dengan peranti, semua rekod aktiviti akan diselaraskan terus kepada aplikasi District dan mata yang diraih akan dikredit dan dikira untuk kedudukan keseluruhan. Proses menyertai sesuatu acara tidak pernah semudah ini.

Boleh Menang Proton X50!

Di samping pertandingan bulanan, satu cabutan Hadiah Utama juga akan berlangsung sepanjang tempoh acara bermula 1 Mac hingga 30 Jun, dengan pelbagai hadiah menarik menjadi rebutan. Sebarang aktiviti yang berjaya meraih 2,000+ mata terkumpul akan melayakkan peserta untuk satu peluang bagi cabutan bertuah tersebut.

Pemenang bertuah berpeluang membawa pulang sebuah kereta Proton X50 baharu. Di samping itu, terdapat lebih daripada 40 hadiah pertandingan untuk dimenangi termasuk jam tangan Garmin, peralatan adidas dan banyak lagi.

Aplikasi District boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play Store.

Pendaftaran am District Race Malaysia anjuran AIA Vitality masih lagi dibuka secara percuma dengan memuat turun aplikasi di: https://rebrand.ly/DistrictRaceMY

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/6g9go
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem