Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

6 Watak Perampas Suami Orang Dalam K-Drama Yang Membuatkan Penonton Sakit Hati

by Amirul Fikry
March 20, 2021
167
KONGSIAN
Share on Facebook

Kebanyakan K-Drama sering menonjolkan kisah tentang suami atau isteri yang curang dalam perhubungan. Antaranya adalah drama The World of the Married yang berjaya mencuit hati peminat dan mereka sangat setia dengan drama ini.  Drama ini juga mengisahkan tentang kisah rumahtangga yang lebih fokus tentang kecurangan seorang suami. Penonton dapat melihat bagaimana kekecohan yang berlaku gara-gara orang ketiga. Yang lebih membuatkan peminat drama ini merasa sakit hati adalah lakonan sang suami yang seolah-olah tidak ada perasaan yang dia sebenarnya curang dan seorang penipu.

Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan 6 watak perampas suami orang yang akan mengganggu hati peminat dan akan membuatkan penonton merasa geram dan sakit hati. Jom kita tengok!

A Mi

via dok

Sekiranya anda menonton drama bersiri Love (ft. Marriage & Divorce), anda pasti akan mula merasa sakit hati dengan watak A Mi (Song Ji In) dalam drama tersebut. Dia menjalinkan hubungan sulit dengan Shin Yu Shin (Lee Tae Kon), yang merupakan seorang doktor dan suami kepada Sa Pi Young (Park Joo Mi).

Cinta mula berputik antara A Mi dan Yu Shin sewaktu mereka duduk bersebelahan di dalam pesawat ke Korea Selatan. A Mi tetap mendekati doktor tersebut walaupun sebenarnya dia sudah mengetahui bahawa Yu Shin sudah mempunyai isteri dan anak.

Cheon Seo Jin

via cnnindonesia.com

Watak pelakon yang sangat menyakitkan hati ini adalah Cheon Seo Jin (Kim So Yeon) di dalam drama The Penthouse. Seo Jin sebenarnya sudah bersuami iaitu seorang doktor yang bernama Ha Yoon Cheol ( Yoon Jong Hoon), namun dia tetap memilih untuk berlaku curang dengan suami Shim Su Ryeon (Lee Ji Ah) iaitu Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon). Akhirnya pasangan Joo Dan Tae dan Cheon Seo Jin telah memutuskan untuk mengikat tali pertunangan di The Penthouse 2.

On Yoo Ri

via Soompi

Memiliki wajah yang lembut dan sentiasa terlihat sempurna dan baik, siapa sangka bahawa On Yoo Ri (Pyo Ye Jin) sebenarnya telah menjalinkan hubungan dengan Park Sung Joon (Lee Sang Yoon). Dalam drama bersiri V.I.P, isteri Park Sung Joon, Na Jung Sun (Jang Na Ra) mula merasa curiga tentang suaminya yang berlaku curang dan mencurigai tiga wanita yang bekerja di pejabat yang sama dengannya.

Yoo Da Kyung

via kdramapal.com

Drama bersiri The World of the Married telah berjaya membuatkan penonton terlalu marah dengan pelakon Yoo Da Kyung (Han So Hee). Dia membawakan watak yang curang dengan suami Ji Sun Woo (Kim Hee Ae) iaitu Lee Tae Oh (Park Hae Joon). Tidak hanya itu, Da Kyung juga meminta Tae Oh untuk menceraikan isterinya.

Min Yoo Ra

via idntimes.com

Min Yoo Ra (Lee Elijah) juga membawakan watak sebagai perampas suami orang dalam drama bersiri The Last Empress. Yoo Ra yang merupakan jurucakap kerajaan telah menjalinkan hubungan dengan Kaisar Lee Hyuk (Shin Sung Rock). Tidak hanya merosakkan rumahtangga orang lain, dia juga memiliki sifat yang jahat  dan gila kuasa. Dia juga telah merancang untuk membunuh isteri Kaisar, Oh Sunny (Jang Na Ra).

Kim Mi Ran

via nautiljon.com

Watak perampas seorang pelakon dalam drama Pink Lipstick iaitu Kim Mi Ran (Seo Ju Yeong) yang juga menjalinkan hubungan sulit dengan suami sahabat baiknya Park Jung Woo (Lee Joo Hyun). Tidak hanya itu, anak angkat Jung Woo dan isterinya yang sah Yu Ga Eun ternyata adalah anak hasil dari hubungan gelap antara Mi Ran dan Jung Woo. Penonton juga berasa geram dan sakit hati dengan watak yang berjaya dilakonkan oleh Mi Ran.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
6watak kdrama perampaslakiorang
https://lomp.at/9wrtc
Share67Tweet42SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem