Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Memang ‘Deep’! Pesanan Ibu Hannah Delisha Ini Buatkan Ramai Rasa ‘Terpukul’

by Zaidin Albert
March 11, 2021
301
KONGSIAN
Share on Facebook

Media sosial baru-baru ini heboh dengan kontroversi perkahwinan tak direstui pelakon Hannah Delisha dan Imam Shah. Malah berita ini telah mendapat liputan meluas di media tempatan. Pelbagai isu telah menjadi perhatian netizen termasuklah kenyataan dari ibu kandung Hanna dan ibu mentuanya.

Bagaimana ia bermula dan apa respon Hannah Delisha? Jom semak 5 kronologi kontroversi perkahwinan pasangan artis dari Singapura ini.

Ibu Kandung Hanna Buka Suara

Mungkin ramai yang belum tahu, ibu Hannah Delisha, Noor Ashikin Ahmad merupakan seorang penyanyi dikenali di Singapura. Wanita yang mengenakan Niqab ini meluahkan isi hati melalui sebuah puisi di laman Instagram peribadinya. Sebelum ini pun, Noor Ashikin sering kali berkongsi puisi di laman instagramnya mengenai kehidupan.

Tanda pagar #ibutakrestu

Namun beberapa hari yang lalu, tanda pagar #ibutakrestu yang disertainya pada salah satu puisinya telah mencetuskan spekulasi. Ramai yang mendakwa bahawa perkahwinan Hannah Delisha dan suami tidak mendapat restu darinya. Walaupun tidak menyebutkan mana-mana nama, namun luahan Noor Ashikin menjadi tular.

Telah Beri Bayangan Konflik Dengan Hanna Delisha

Kredit: Instagram @kakcikwujudku

Memandangkan tarikh sebenar pernikahan Hannah Delisha terbongkar pada Februari tahun lalu, rupanya Noor Ashikin telah lama membicarakan hal ini. Noor Ashikin atau mesra disapa Kakcik Wujud pernah berkongsi nasihat tentang perkahwinan di sebuah posting di Instagram pada 22 Februari 2020.

Menerusi posting tersebut, Noor Ashikin tumpang gembira melihat majlis perkahwinan dua pelakon wanita iaitu Zahirah MacWilson dan Emma Maembong yang bahagia dengan pilihan hati masing-masing.

Noor Ashikin menulis bagaimana mencari pasangan yang terbaik dan bukannya mencari seseorang bersifat biadab untuk dijadikan sebagai teman hidup.

“Memilih pasangan yang terbaik terletak pada akhlak, kesopanan cara pemikirannya. Baru lah boleh menjadi pembimbing yang adil dan bijak. Bukan yang penuh kebiadapan yang keterlaluan….sehingga tidak mengenal cara berdepan dengan orang yang lebih tua,”-tulisnya.

Minta Orang Ramai Berfikir Mengapa Si Ibu Tak Merestui Pernikahan Si Anak Melalui Puisi

Melalui posting terbaru Noor Ashikin di Instagram peribadinya, dia mengajak orang ramai untuk berfikir sejenak perasaan si ibu melalui hikayat Antah Berantah.

Melalui puisi tersebut, Noor Ashikin meminta pengikutya berfikir 4 persoalan tentang restu seorang ibu.

“Kenapa dan mengapa beliau tidak merestui perhubungan mereka sebelum bernikah?adakah ia kerana ada “al kisah yang membelenggu?” yang terjadi semasa Sang Anak dan Pasanganya belum bernikah lagi?”- soalnya.

Sehingga artikel ini ditulis, masih tidak jelas apakah punca konflik antara Hannah Delisha dan ibu kandungnya. Apa-apapun Murai MY berdoa semoga sang ibu dan anaknya bersatu kembali, dan kita semua harus ingat,  restu itu adalah suatu yang indah. Semoga dipermudahkan. Amin.

https://lomp.at/bc4zf
Share120Tweet75SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem