Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[GAMBAR] Ashira Selamat Bernikah Dengan Bad Indigo

by Khai Azfar
March 12, 2021
215
KONGSIAN
Share on Facebook

Setelah mengumumkan kisah percintaan mereka, akhirnya penyanyi Ashira Aziz,36 selamat bernikah dengan anggota kumpulan Indigo,Badrul Izhan Yeop Abdullah,46 atau lebih dikenali sebagai Bad pada jam 2.45 petang Khamis.

Terima Sebentuk Cincin

Menurut pihak pengurusan Indigital Music, Ashira telah dinikahkan oleh bapanya Syed Abdul Aziz dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Dalam video yang dikirimkan kepada pihak Murai.my, pasangan ini meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis yang turut dihadiri beberapa wakil anggota keluarga kedua-dua belah pihak.

“Assalamualaikum, video ini kami buat untuk para media. Kami nak minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak jemput kesemua para media disebabkan kita patuhi SOP memandangkan kita masih berada dalam PKPB”

“Bagaimanapun, pihak berkuasa telah tetapkan terhad kepada beberapa jemputan dan majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kami sendiri” kata Ashira

Produksi GV7 Jayakan Majlis 

Dalam kesempatan itu, mereka turut berterima kasih kepada pihak produksi Gegar Vaganza 7 (GV7) kerana telah bertungkus lumus menyusun agenda menjayakan majlis pernikahan mereka.

“Alhamdulillah, kami telah selamat diijabkabulkan tadi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Kami dinikahkan oleh bapa Ashira sendiri dan berjalan lancar. Mas kahwin adalah sebentuk cincin”

“Kami nak ucapkan ribuan terima kasih kepada produksi Gegar Vaganza 7 kerana mereka yang aturkan semuanya termasuklah urusan masjid, pegawai pendaftar nikah hinggalah jamuan makan” kongsi Bad

Bercakap mengenai soal anak-anaknya, dedah Bad mereka menerima Ashira sebagai ibu tiri mereka dengan hati yang terbuka begitu juga dengan Ashira yang memberitahu anak tunggalnya turut menerima Bad sebagai bapanya sejak dari awal lagi.

“Anak-anak saya sangat terbuka dan menerima Ashira daripada mula lagi. Alhamdulillah, diorang pun sekarang dah panggil Ashira ‘Mom'” tambah Bad

Sebagai info, ini merupakan perkahwinan kedua buat Ashira dan Bad. Menerusi perkahwinan terdahulu, pelantun Di Ombak Resah ini dikurniakan seorang anak, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, manakala bagi Bad pula memiliki dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11 juga menerusi perkahwinan sebelum ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
AshiraAshira KahwinAshira kahwin Bad IndigoBad Indigo
https://lomp.at/yj10k
Share86Tweet54SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem